Sesungguhnya Bani Israel apabila melampau, menyombong dan membunuh para nabi, Allau mengutuskan Raja Parsi Bukhtanassar

TEKS BAHASA ARAB

إن بني إسرائيل لما اعتدوا وعلوا وقتلوا الأنبياء بعث الله عليهم ملك فارس بختنصر وكان الله ملكه سبعمائة سنة ، فسار إليهم حتى دخل بيت المقدس فحاصرها وفتحها وقتل على دم زكريا سبعين ألفا ثم سبى أهلها وبني الأنبياء ، وسلب حلي بيت المقدس واستخرج منها سبعين ألفا ومائة ألف عجلة من حلي حتى أورده بابل . قال حذيفة : فقلت : يا رسول الله لقد كان بيت المقدس عظيما عند الله ؟ قال : أجل ، بناه سليمان بن داود من ذهب ودر وياقوت وزبرجد ، وكان بلاطه بلاطة من ذهب وبلاطة من فضة ، وعمده ذهبا أعطاه الله ذلك وسخر له الشياطين يأتونه بهذه الأشياء في طرفة عين ، فسار بختنصر بهذه الأشياء حتى نزل بها بابل ، فأقام بنو إسرائيل في يديه مئة سنة تعذبهم المجوس وأبناء المجوس ، فيهم الأنبياء وأبناء الأنبياء ، ثم إن الله رحمهم فأوحى إلى ملك من ملوك فارس يقال له كورس وكان مؤمنا : أن سر إلى بقايا بني إسرائيل حتى تستنقذهم ، فسار كورس ببني إسرائيل وحلي بيت المقدس حتى رده إليه ، فأقام بنو إسرائيل مطيعين لله مئة سنة ، ثم إنهم عادوا في المعاصي فسلط الله عليه إبطيانحوس فغزا بأبناء من غزا مع بختنصر ، فغزا بني إسرائيل حتى أتاهم بيت المقدس فسبى أهلها وأحرق بيت المقدس وقال لهم : يا بني إسرائيل إن عدتم في المعاصي عدنا عليكم بالسباء ، فعادوا في المعاصي فسير الله عليهم السباء الثالث ملك رومية يقال له : قاقس بن إسبايوس فغزاهم في البر والبحر فسباهم وسبى حلي بيت المقدس وأحرق بيت المقدس بالنيران ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : هذا من صنعة حلي بيت المقدس ويرده المهدي إلى بيت المقدس وهو ألف سفينة وسبعمائة سفينة يرسى بها على يافا حتى تنقل إلى بيت المقدس وبها يجمع الله الأولين والآخرين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Bani Israel apabila melampau, menyombong dan membunuh para nabi, Allau mengutuskan Raja Parsi Bukhtanassar, Allah telah menjadikannya memerintah selama 700 tahun. Dia berjalan kepada mereka sehingga memasuki Bait al-Maqdis, lalu dia mengepung dan membukanya, membunuh di atas darah nabi Zakariyya 70 ribu orang. Kemudian dia menawan ahli keluarganya, keturunan para nabi, merampas perhiasan Bait al-Maqdis, mengeluarkan daripadanya 70 ribu dan seratus ribu roda daripada perhiasan sehingga sampai ke Babylon. Berkata Hudhaifah: Wahai Rasulullah! Tidakkah Bait al-Maqdis mulia di sisi Allah? Baginda menjawab: Ya, Sulayman bin Dawud telah membinanya daripada emas, mutiara, permata dan zamrud. Lantai daripada emas dan perak, tiangnya emas yang diberikan oleh Allah. Lalu Allah tudukkan syaitan untuknya dengan mendatangkan perkara-perkara ini sekelip mata. Kemudian Bukhtanassar berjalan dengan perkara-perkara ini sehingga sampai ke Babylon. Bani Israel hidup pada zamannya selama 100 tahun dalam keadaan diazab oleh Majusi dan anak-anak orang Majusi sedangkan yang diazab itu juga adalah para nabi dan anak-anak para nabi. Kemudian Allah mengasihani mereka, maka Allah mewahyukan kepada seorang raja daripada raja-raja Parsi yang dikenali sebagai Kuras. Dia seorang yang beriman dan diarahkan untuk pergi kepada saki baki Bani Israel untuk menyelamatkan mereka. Lalu Kuras ini pergi kepada Bani Israel dan harta Bait al-Maqdis sehingga dikembalikan kepadanya. Setelah itu, Bani Israel hidup dalam ketaatan kepada Allah selama 100 tahun, kemudian mereka kembali melakukan maksiat. Lalu Allah mengutuskan Ibtiyanhus kepadanya dan dia memerangi bersama anak-anak yang berperang bersama Bukhtanassar. Kemudian Bani Israel berperang sehingga mereka sampai ke Bait al-Maqdis lalu ditawan ahli keluarganya dan dibakar Bait al-Maqdis. Dia berkata kepada mereka: Wahai Bani Israel! Sekiranya kamu kembali melakukan maksiat, kami akan kembali kepada kamu dengan tawanan. Mereka kembali melakukan maksiat lalu Allah menjadikan kepada mereka tawanan (perhambaan) yang ketiga ke atas mereka iaitu di bawah raja Rom dikenalinya sebagai: Qaqas bin Isbayus. Dia berperang dengan mereka di darat dan lautan, menawan mereka dan menawan juga perhiasan Bait al-Maqdis lalu membakar Bait al-Maqdis dengan api. Rasulullah SAW bersabda: Ini adalah ciptaan perhiasan Bait al-Maqdis dan al-Mahdi mengembalikannya ke Bait al-Maqdis iaitu seribu tujuh ratus kapal dibuang sauh pada Yafa sehingga dibawa ke Bait al-Maqdis. Di situlah, Allah menghimpunkan yang awal dan akhir.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1714-1715, hadis nombor 8619. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن حذيفة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إِنَّ بنِي إسْرَائِيلَ لَمَّا اعْتَدَوْا وَعَلَوْا، وقَتَلُوا الأنْبِيَاءَ، بَعَثَ الله عَلَيْهِمْ مَلِكَ فَارِسَ بُخْتَنَصَّر، وكانَ الله مَلَّكَهُ سَبْعَ مِئَة سَنةٍ، فسارِ إِلَيْهمْ حتى دَخَلَ بَيْتَ المَقْدِسِ فَحاصَرَهَا وَفَتَحَها، وَقَتَلَ عَلى دَمِ زَكَرِيَّا سَبْعينَ ألْفا، ثُمَّ سَبَى أهْلَها وبَنِي الأنْبِياء، وَسَلَبَ حُليَّ بَيْتِ المَقْدِسِ، وَاسْتَخْرَجَ مِنْها سَبْعِينَ ألْفا وَمِئَةَ ألْفِ عَجَلَةٍ مِنْ حُلَيٍّ حتى أوْرَدَهُ بابِلَ. قال حُذيفة: فقلت: يا رسول الله لقد كان بيت المقدس عظيما عند الله؟ قال: أجَلْ بَناهُ سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ مِنْ ذَهَبٍ وَدُرّ وَياقُوتٍ وَزَبَرْجَدٍ، وكانَ بَلاطُه بَلاطَةً مِنْ ذَهَب وَبَلاطَةً منْ فِضَّةٍ، وعُمُدُهُ ذَهَبا، أعْطاهُ الله ذلك، وسَخَّرَ لَهُ الشَّياطينَ يأْتُونَهُ بِهذِهِ الأشْياءِ فِي طَرْفَةِ عَيْنٍ، فَسارَ بُخْتَنَصَّر بهذِه الأشْياءِ حتى نزلَ بِها بابِلَ، فَأقامَ بَنُوا إسْرَائِيلَ في يَدَيهِ مِئَةَ سَنَةٍ تُعَذّبُهُمُ المَجُوسُ وأبْناءُ المَجُوسِ، فيهمُ الأنْبِياءُ وأبْناءُ الأنْبِياء، ثُمَّ إِنَّ الله رَحمَهُمْ، فأوْحَى إلى مَلِك مِنْ مُلُوكِ فارِس يُقالُ لَهُ كُورَسُ، وكانَ مُؤْمِنا أَنْ سِرْ إلى بَقايا بَنِي إِسْرَائِيلَ حتى تَسْتَنْقذَهُمْ، فَسارَ كُورَسُ بِبَنِي إسْرَائِيلَ، وحُليِّ بَيْتِ المَقْدِسِ حتى رَدَّهُ إِلَيْهِ، فَأقامَ بَنُو إسْرَائِيلَ مُطِيعينَ لله مِئَةَ سَنَةٍ، ثُمَّ إِنَّهُمْ عادُوا في المعَاصِي، فَسَلَّطَ الله عَلَيْهِمْ ابْطيانْحُوسَ فَغَزَا بأبْناءِ مَنْ غَزَا مَعَ بُخْتَنَصَّر، فَغَزَا بَنِي إسْرَائِيلَ حتى أتاهُمْ بَيْتَ المَقْدِسِ، فَسَبى أهْلَها، وأحْرَقَ بَيْتَ المَقْدِسِ، وَقَالَ لَهُمْ: يا بَنِي إسْرَائِيلَ إنْ عُدْتُمْ فِي المعَاصِي عُدْنا عَلَيْكُمْ بالسِّباءِ، فَعادُوا فِي المعَاصِي، فَسَيَّر الله عَلَيْهِمُ السِّباء الثَّالِثَ مَلِكَ رُوميَّةَ، يُقالُ لَهُ قاقِسُ بْنُ إسْبايُوس، فَغَزَاهُم فِي البَرّ والبَحْرِ، فَسَباهُمْ وَسَبى حُلِيّ بَيْتِ المَقْدِسِ، وأحْرَقَ بَيْتَ المَقْدِسِ بالنِّيرَانِ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: هذَا مِنْ صَنْعَةِ حُلِيّ بَيْتِ المَقْدِسِ، ويَرُدُّهُ المَهْدِيُّ إِلَى بَيْتِ المَقْدِسِ، وَهُوَ ألْفُ سَفِينَةٍ وسَبْعُ مِئَةِ سَفِينَةٍ، يُرْسَى بِها عَلى يافا حتى تُنْقَلَ إلى بَيْتَ المَقْدِسِ، وبِها يَجْمَعُ الله الأوَّلِينَ والآخِرِينَ).
[ابن جرير، ((الضعيفة)) (6551)].

(Palsu) Daripada Huzaifah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Bani Israel apabila melampau, menyombong dan membunuh para nabi, Allau mengutuskan Raja Parsi Bukhtanassar, Allah telah menjadikannya memerintah selama 700 tahun. Dia berjalan kepada mereka sehingga memasuki Bait al-Maqdis, lalu dia mengepung dan membukanya, membunuh di atas darah nabi Zakariyya 70 ribu orang. Kemudian dia menawan ahli keluarganya, keturunan para nabi, merampas perhiasan Bait al-Maqdis, mengeluarkan daripadanya 70 ribu dan seratus ribu roda daripada perhiasan sehingga sampai ke Babylon. Berkata Hudhaifah: Wahai Rasulullah! Tidakkah Bait al-Maqdis mulia di sisi Allah? Baginda menjawab: Ya, Sulayman bin Dawud telah membinanya daripada emas, mutiara, permata dan zamrud. Lantai daripada emas dan perak, tiangnya emas yang diberikan oleh Allah. Lalu Allah tudukkan syaitan untuknya dengan mendatangkan perkara-perkara ini sekelip mata. Kemudian Bukhtanassar berjalan dengan perkara-perkara ini sehingga sampai ke Babylon. Bani Israel hidup pada zamannya selama 100 tahun dalam keadaan diazab oleh Majusi dan anak-anak orang Majusi sedangkan yang diazab itu juga adalah para nabi dan anak-anak para nabi. Kemudian Allah mengasihani mereka, maka Allah mewahyukan kepada seorang raja daripada raja-raja Parsi yang dikenali sebagai Kuras. Dia seorang yang beriman dan diarahkan untuk pergi kepada saki baki Bani Israel untuk menyelamatkan mereka. Lalu Kuras ini pergi kepada Bani Israel dan harta Bait al-Maqdis sehingga dikembalikan kepadanya. Setelah itu, Bani Israel hidup dalam ketaatan kepada Allah selama 100 tahun, kemudian mereka kembali melakukan maksiat. Lalu Allah mengutuskan Ibtiyanhus kepadanya dan dia memerangi bersama anak-anak yang berperang bersama Bukhtanassar. Kemudian Bani Israel berperang sehingga mereka sampai ke Bait al-Maqdis lalu ditawan ahli keluarganya dan dibakar Bait al-Maqdis. Dia berkata kepada mereka: Wahai Bani Israel! Sekiranya kamu kembali melakukan maksiat, kami akan kembali kepada kamu dengan tawanan. Mereka kembali melakukan maksiat lalu Allah menjadikan kepada mereka tawanan (perhambaan) yang ketiga ke atas mereka iaitu di bawah raja Rom dikenalinya sebagai: Qaqas bin Isbayus. Dia berperang dengan mereka di darat dan lautan, menawan mereka dan menawan juga perhiasan Bait al-Maqdis lalu membakar Bait al-Maqdis dengan api. Rasulullah SAW bersabda: Ini adalah ciptaan perhiasan Bait al-Maqdis dan al-Mahdi mengembalikannya ke Bait al-Maqdis iaitu seribu tujuh ratus kapal dibuang sauh pada Yafa sehingga dibawa ke Bait al-Maqdis. Di situlah, Allah menghimpunkan yang awal dan akhir. [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6551].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs