Sesungguhnya bahasa Ismail benar-benar telah pupus, kemudian Jibril datang kepadaku dengannya (bahasa Ismail AS) dan aku menjaganya

TEKS BAHASA ARAB

إن لغة إسماعيل كانت قد درست فأتاني بها جبريل فحفظتها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bahasa Ismail benar-benar telah pupus, kemudian Jibril datang kepadaku dengannya (bahasa Ismail AS) dan aku menjaganya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1655, hadis nombor 8354. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن الحسين بن واقد قال: بلغني أن عمر بن الخطاب قال: "يا رسول الله إنك أفصحنا ولم تخرج من بين أظهرنا؟" فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن لغة إسماعيل كانت قد درست فأتاني بها جبريل فحفظتها)). [الحاكم في ((معرفة علوم الحديث))، ((الضعيفة)) (465)].

(Lemah)
Daripada Ali bin al-Husain bin Waqid berkata: Telah sampai kepada berita bahawa Umar bin al-Khattab berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kamu yang paling fasih dan kamu tidak pernah keluar dari kalangan kami?" Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: ((Sesungguhnya bahasa Ismail benar-benar telah pupus, kemudian Jibril datang kepadaku dengannya (bahasa Ismail AS) dan aku menjaganya)).
[Riwayat al-Hakim dalam Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 465].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.