Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya bahagian pinggang itu merupakan urat ginjal

Teks Bahasa Arab

إِنَّ الخاصِرَةَ عِرْقُ الكُليةِ إذا تحرَّكَ آذى صَاحِبَهَا، فداوُوها بِالمَاءِ المحرَقِ وَالعَسَلِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya bahagian pinggang itu merupakan urat ginjal. Apabila ia bergerak, ia akan menyakitkan pemiliknya, maka kalian rawatilah ia dengan menggunakan air yang telah dipanaskan dan juga madu.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1174, hadis no. 5939. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إن الخاصرة عرق الكلية إذا تحرك آذى صاحبها، فداووها بالماء المحرق والعسل)). [ك، ((الضعيفة)) (2998)]

(Lemah) Diriwayatkan daripada ‘Aishah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya bahagian pinggang itu merupakan urat ginjal. Apabila ia bergerak, ia akan menyakitkan pemiliknya, maka kalian rawatilah ia dengan menggunakan air yang telah dipanaskan dan juga madu. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2998]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.