Sesungguhnya baginya (Ibrahim anak Rasulullah SAW) seorang penyusu di dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

إن له (يعني إبراهيم بن محمد صلى الله عليه وسلم) مرضعا في الجنة، ولو عاش؛ لكان صديقا نبيا، ولو عاش؛ لعتقت أخواله القبط، وما استرق قبطي قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya baginya seorang penyusu di dalam syurga dan sekiranya dia hidup, nescaya dia akan menjadi orang yang jujur dan seorang nabi. Sekiranya dia hidup, nescaya bapa-bapa saudaranya dalam kalangan Qibti akan dimerdekakan dan orang Qibti tidak akan sesekali menjadi hamba.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1779, hadis nombor 8948. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: لما مات إبراهيم ابن رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ صلى رسول الله عليه، وقال: ((إن له مرضعا في الجنة، ولو عاش؛ لكان صديقا نبيا، ولو عاش؛ لعتقت أخواله القبط، وما استرق قبطي قط)). [هـ، ابن منده، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (220، 3202)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Apabila Ibrahim anak kepada Rasulullah SAW meninggal dunia, Rasulullah solat ke atasnya dan berkata: Sesungguhnya baginya seorang penyusu di dalam syurga dan sekiranya dia hidup, nescaya dia akan menjadi orang yang jujur dan seorang nabi. Sekiranya dia hidup, nescaya bapa-bapa saudaranya dalam kalangan Qibti akan dimerdekakan dan orang Qibti tidak akan sesekali menjadi hamba.
[Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan, Ibn Mandah dalam Ma‘rifah al-Ṣaḥābah, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 220, 3202]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs