Sesungguhnya baginda tidak akan duduk di dalam rumah yang gelap

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان لا يقعد في بيت مظلم حتى يضاء له بسراج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya baginda tidak akan duduk di dalam rumah yang gelap sehinggalah dinyalakan pelita di dalamnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 175, hadis nombor 890. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: كان لا يقعد في بيت مظلم حتى يضاء له بسراج.
[ابن سعد، تمام، ((الضعيفة)) (708)]

(Palsu)
Daripada ‘A’isyah – Raḍiyallāhu ‘anha – secara Marfu’: “Sesungguhnya baginda tidak akan duduk di dalam rumah yang gelap sehinggalah dinyalakan pelita di dalamnya.”
[Riwayat Ibn Sa’d dan Tammam. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 708]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.