Sesungguhnya Baginda telah meninggalkan solat jenazah ke atas seorang lelaki

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنه ترك الصلاة على رجل. فقيل له: ما رأيناك تركت الصلاة على أحد إلا هذا. فقال: إنه كان يبغض عثمان فأبغضه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Baginda telah meninggalkan solat jenazah atas seorang lelaki. Lalu Baginda ditanya : Kami tidak pernah melihat kamu meninggalkan solat jenazah ke atas seseorang melainkan lelaki ini. Lalu Baginda bersabda: Dia membenci Uthman lalu Allah membencinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 340, hadis nombor 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه خيثمة عن جابر مرفوعا، ومداره على محمد بن زياد، وهو متروك، وكذبه يحيى وغيره. قال في اللآلىء: الحديث أخرجه الترمذي من هذه الطريق، وضعفه. وقد صرح الذهبي في الميزان: أن هذا الحديث موضوع.

Diriwayatkan oleh Khaithamah daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), paksi sanadnya adalah pada Muhammad bin Ziyad iaitu seorang matruk (ditinggalkan hadithnya). Dia dinilai sebagai pendusta oleh Yahya dan selainnya. Dia berkata dalam al-Laali’: Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi melalui jalan ini, dan dia menilainya sebagai dhaif. Al-Zahabi telah menyatakan dalam al-Mizan bahawa hadith ini ialah palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs