Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أنَّهُ تَرَكَ الصَّلاةَ عَلَى رَجُلٍ. فَقِيلَ لَهُ: مَا رَأَيْنَاكَ تَرَكْتَ الصَّلاةَ عَلَى أَحَدٍ إِلا هَذَا. فَقَالَ: إِنَّهُ كَانَ يَبْغَضُ عُثْمَانَ فَأَبْغَضَهُ اللَّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesungguhnya Baginda telah meninggalkan solat jenazah atas seorang lelaki. Lalu Baginda ditanya : Kami tidak pernah melihat kamu meninggalkan solat jenazah ke atas seseorang melainkan lelaki ini. Lalu Baginda bersabda: Dia membenci Uthman lalu Allah membencinya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 340, hadis no. 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه خيثمة عن جابر مرفوعا، ومداره على محمد بن زياد، وهو متروك، وكذبه يحيى وغيره. قال في اللآلىء: الحديث أخرجه الترمذي من هذه الطريق، وضعفه. وقد صرح الذهبي في الميزان: أن هذا الحديث موضوع.
Diriwayatkan oleh Khaithamah daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), paksi sanadnya adalah pada Muhammad bin Ziyad iaitu seorang matruk (ditinggalkan hadithnya). Dia dinilai sebagai pendusta oleh Yahya dan selainnya. Dia berkata dalam al-Laali’: Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi melalui jalan ini, dan dia menilainya sebagai dhaif. Al-Zahabi telah menyatakan dalam al-Mizan bahawa hadith ini ialah palsu.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman