TEKS BAHASA ARAB
كان يستاك عرضاً، ويشرب مصا، ويقول: هو أهنأ وأمرأ وأبرأ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya baginda bersugi secara melintang dan meminum secara menghirup, dan berkata: Ia lebih menyelerakan, menjadikannya bermanfaat serta menjauhkan daripada penyakit yang menimpa tubuh badan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 176, hadis nombor 892. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن بـهز مرفوعا: كان يستاك عرضاً، ويشرب مصا، ويقول: هو أهنأ وأمرأ وأبرأ.
[تمام، ابن عساكر ((التاريخ)) و ((الأحاديث والحكايات))، حل، ((الضعيفة)) (641)]
(Lemah)
Daripada Bahz secara Marfu’: “Sesungguhnya baginda bersiwak secara melintang dan meminum secara menghirup, dan berkata: Ia lebih menyelerakan, menjadikannya bermanfaat serta menjauhkan daripada penyakit yang menimpa tubuh badan.”
[Riwayat Tammam, Ibn ‘Asakir dalam al-Tarikh dan al-Ahadith Wal al-Hikayat dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 641]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.