Sesungguhnya baginda bersugi secara menegak

TEKS BAHASA ARAB

كان يستاك عرضا، ولا يستاك طولا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya baginda bersugi secara menegak, dan baginda tidak bersugi secara memanjang.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 176, hadis nombor 891. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: كان يستاك عرضا، ولا يستاك طولا.
[أبو نعيم في كتاب ((كتاب السواك))، ((الضعيفة)) (942)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘A’isyah – Raḍiyallāhu ‘anha – secara Marfu’: “Sesungguhnya baginda bersugi secara menegak, dan baginda tidak bersugi secara memanjang.”
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Kitab al-Siwak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 942]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs