Sesungguhnya bagi wuduk itu ada seekor syaitan yang dipanggil al-Walahan

TEKS BAHASA ARAB

إن للوضوء شيطانا يقال له: الولهان فاتقوا وسواس الماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi wuduk itu ada seekor syaitan yang dipanggil al-Walahan. Oleh kerana itu, berwaspadalah terhadap sifat waswas pada air.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 88, hadis nombor 68. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الترمذي (1/ 188- 189 تحفة) وابن ماجه (1/ 163) وأحمد (5/ 125، 136) والطيالسي (547) وابن خزيمة (1/ 63- 64) وابن عدي في الكامل (3/ 923) والدارقطني في المختلف والمؤتلف (1/ 303) والحاكم (1/ 162) والبيهقي (1/ 197) والخطيب في الموضح (2/ 383) وابن الجوزي في العلل (1/ 345) من طريق خارجة بن مصعب عن يونس بن عبيد عن الحسن عن عتي بن ضمرة عن أُبي بن كعب مرفوعاً فذكره. قال الترمذي: حديث أبي بن كعب حديث غريب، وليس إسناده بالقوي، لأنا لا نعلم أحداً أسنده غير خارجة، وخارجة ليس بالقوي عند أصحابنا. وضعفه ابن المبارك أ. هـ‍. وقال الحاكم: وأنا أذكره محتسباً، لما أشاهده من كثرة وسواس الناس في صب الماء.
قلت: مهما كان الدافع محموداً، فلا يليق أن يذكر هذا الحديث في المستدرك على الصحيحين. وقال البيهقي: وهذا الحديث معلول برواية الثوري عن بيان عن الحسن بعضه من قوله غير مرفوع. وباقيه عن يونس بن عبيد من قوله غير مرفوع. ثم ساقه وقال: هكذا رواه خارجة بن مصعب وخارجة ينفرد بروايته مسنداً وليس بالقوي في الرواية. قلت: ويضاف إلى ذلك أيضاً عنعنة الحسن البصري. ولذلك ضعفه البغوي كما في شرح السنة (2/53). وقال أبو زرعة الرازي: حديث منكر. ذكره ابن أبي حاتم في العلل (1/ 60). والله أعلم

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (1/188 – 189 – Tuhfah), Ibn Majah (1/163), Ahmad (5/125, 136), al-Tayalisi (547), Ibn Khuzaimah (1/63-64), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (3/923), al-Daraqutni dalam al-Mukhtalif Wa al-Mu’talif (1/303), al-Hakim (1/162), al-Baihaqi (1/197), al-Khatib dalam al-Mudhih (2/383) dan Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal (1/345) melalui sanad Kharijah bin Mus’ab daripada Yunus bin ‘Ubaid daripada al-Hasan daripada ‘Utay bin Dhamrah daripada Ubay bin Ka’b secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut.
Al-Tirmizi berkata: "Hadith Ubay bin Ka’b hadith yang gharib, sanadnya tidak kuat kerana kami tidak mengetahui sesiapapun yang meriwayatkannya secara bersanad selain Kharijah, Kharijah pula seorang yang tidak kuat di sisi ashab kami. Ibn al-Mubarak telah menilainya sebagai dha’if". Al-Hakim berkata: "Saya menyebutkannya sebab beranggapan (ianya benar), kerana saya menyaksikan ramai orang yang waswas dalam mengenakan air".
Saya berkata: Sekalipun pendorongnya (untuk menyebutkan hadith tersebut) adalah suatu yang terpuji, namun tetap tidak sesuai menyebutkan hadith ini dalam al-Mustadrak ‘Ala al-Sahihain. Al-Baihaqi berkata: "Hadith ini dinilai cacat berdasarkan riwayat al-Thawri daripada Bayan daripada l-Hasan, sebahgiannya daripada kata-kata beliau, bukannya marfu’, manakala bakinya pula daripada Yunus bin ‘Ubaid melalui kata-kata beliau, bukannya marfu’." Kemudian beliau menyebutkannya seraya berkata: "Demikianlah Kharijah bin Mus’ab telah meriwayatkannya. Kharijah bersendirian meriwayatkannya secara musnad (disandarkan kepada Nabi), sedangkan beliau tidak kuat dalam periwayatan hadith". Saya berkata: Ditambah pula dengan riwayat al-Hasan al-Basri secara ‘an’anah. Oleh sebab itulah, al-Baghawi telah menilainya dha’if sebagaimana dalam Syarh al-Sunnah (2/53). Abu Zur’ah al-Razi pula berkata: "Hadith munkar". Disebutkan oleh Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal (1/60). Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs