Sesungguhnya bagi taubat itu ada sebuah pintu

TEKS BAHASA ARAB

إن للتوبة بابا، عرض ما بين مصراعيه ما بين المشرق والمغرب، لا يغلق حتى تطلع الشمس من مغربها، ثم قرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم: { يوم يأتي بعض آيات ربك لا ينفع نفسا إيمانها لم تكن آمنت من قبل أو كسبت في إيمانها خيرا }.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi taubat itu ada sebuah pintu, keluasan di antara kedua-dua daun pintunya adalah seluas timur dan barat. Ia tidak akan dikunci sehinggalah matahari terbit di sebelah barat. Kemudian Rasulullah SAW membacakan ayat: {Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya.} [Surah al-An‘am: 158].

STATUS

Sangat Munkar dengan Lafaz: Timur dan Barat

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2074, hadis nombor 10409. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا بلفظ: ((المشرق والمغرب)))
عن صفوان بن عسال – رضي الله عنه -، قال: خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم علينا فأنشأ يحدثنا: إن للتوبة بابا، عرض ما بين مصراعيه ما بين المشرق والمغرب، لا يغلق حتى تطلع الشمس من مغربها، ثم قرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم: { يوم يأتي بعض آيات ربك لا ينفع نفسا إيمانها لم تكن آمنت من قبل أو كسبت في إيمانها خيرا } [الأنعام:158].
[طب، ((الضعيفة)) (6951)]

(Sangat Munkar Dengan Lafaz: Timur Dan Barat)
Daripada Ṣafwān bin ‘Assāl RA, beliau berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami lalu baginda bangun dan menceritakan kepada kami: Sesungguhnya bagi taubat itu ada sebuah pintu, keluasan di antara kedua-dua daun pintunya adalah seluas timur dan barat. Ia tidak akan dikunci sehinggalah matahari terbit di sebelah barat. Kemudian Rasulullah SAW membacakan ayat: {Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya.} [Surah al-An‘am: 158].
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6951]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs