Sesungguhnya bagi siapa yang rindu kepada Allah maka dengarlah kata-kata Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألا من اشتاق إلى الله، فليسمع كلام الله، فإن مثل القرآن كمثل جراب مسك، أي وقت فتحته فاح ريحه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi siapa yang rindu kepada Allah, maka dengarlah kata-kata Allah, ini kerana perumpaan al-Quran adalah seperti uncang atar. Ketika ia dibuka maka akan merebak baunya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1585, hadis nombor 8012. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه – قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ألا من اشتاق إلى الله، فليسمع كلام الله، فإن مثل القرآن كمثل جِراب مسكٍ، أيَّ وقت فتحته فاحَ ريحه)). [فر، ((الضعيفة)) (6581)].

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya bagi siapa yang rindu kepada Allah, maka dengarlah kata-kata Allah, ini kerana perumpaan al-Quran adalah seperti uncang atar. Ketika ia dibuka maka akan merebak baunya.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6581)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.