Sesungguhnya bagi setiap yang berusaha ada satu tujuan

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل ساع غاية، وغاية كل ساع الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap yang berusaha ada satu tujuan. Dan tujuan setiap yang berusaha ialah kematian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2012, hadis nombor 10100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أيوب – رضي الله عنه – قال: خرج علينا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يوماً فأخذ بعضادتي باب المسجد ونادى بأعلى صوته: يا أيها الناس! يا أهل الإسلام! جاء الموت بما جاء بالروح والرحمة والكرة المباركة لأولياء الله من أهل دار السرور الذين كان سعيهم ورغبتهم فيها. يا أيها الناس! يا أهل الإسلام! جاء الموت بما جاء بالحسرة والندامة والكرة الخاسرة لأولياء الشيطان من أهل الغرور، الذين كان سعيهم ورغبتهم فيها، ألا إن لكل ساع غاية، وغاية كل ساع الموت.
[القضاعي، ((الضعيفة)) (3118)]

(Lemah)
Daripada Abu Ayyub RA berkata: Rasulullah SAW keluar kepada kami pada satu hari lalu Baginda mengambil satu tiang pintu masjid lantas memanggil dengan suaranya yang paling kuat: Wahai sekalian manusia! Wahai orang Islam! Kematian telah datang dengan roh, rahmat, dan kali yang berkat kepada para wali Allah daripada ahli negeri kegembiraan (syurga), yang mana usaha dan kemahuan mereka adalah untuknya. Wahai sekalian manusia! Wahai ahli Islam! Kematian telah datang dengan apa yang dia telah datang dengan kehampaan, penyesalan, dan kali yang rugi kepada para wali syaitan daripada ahli ghurur (yang terperdaya), yang mana usaha dan kemahuan mereka dalamnya. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap yang berusaha ada satu tujuan. Dan tujuan setiap yang berusaha ialah kematian.
[Riwayat al-Quḍaei dalam Musnad al-Shihab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3118]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs