Sesungguhnya bagi setiap umat itu ada golongan majusi

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل أمة مجوسا، ومجوس هذه الأمة الذين يقولون: لا قدر، فمن مرض منهم؛ فلا تعودوه، ومن مات منهم؛ فلا تشهدوه، وهم شيعة الدجال، حقا على الله – عز وجل – أن يلحقهم به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap umat itu ada golongan majusi, dan golongan majusi bagi umat ini ialah mereka yang mengatakan: "Tiada ketetapan qadar". Justeru, sesiapa yang sakit daripada kalangan mereka, janganlah kalian menziarahinya. Sesiapa yang meninggal daripada kalangan mereka pula, janganlah kalian menghadirinya. Mereka itulah pengikut dajal. Allah Azzawajalla berhak untuk menempelkan mereka dengan dia (dajal).

STATUS

Munkar dengan selengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 518, hadis nombor 2753. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن حذيفة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن لكل أمة مجوسا، ومجوس هذه الأمة الذين يقولون: لا قدر، فمن مرض منهم؛ فلا تعودوه، ومن مات منهم؛ فلا تشهدوه، وهم شيعة الدجال، حقا على الله – عز وجل – أن يلحقهم به». [د، حم، ابن أبي عاصم، «الضعيفة» (5714)].

(Munkar dengan selengkap ini) Daripada Hudzaifah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya bagi setiap umat itu ada golongan majusi, dan golongan majusi bagi umat ini ialah mereka yang mengatakan: "Tiada ketetapan qadar". Justeru, sesiapa yang sakit daripada kalangan mereka, janganlah kalian menziarahinya. Sesiapa yang meninggal daripada kalangan mereka pula, janganlah kalian menghadirinya. Mereka itulah pengikut dajal. Allah Azzawajalla berhak untuk menempelkan mereka dengan dia (dajal). [Riwayat Abu Dawud dalam Sunannya, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya dan Ibn Abi 'Asim dalam al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5714].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs