Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya bagi setiap umat ada pelancongan

Teks Bahasa Arab

إنَّ لكلِّ أُمةٍ سِيَاحةً، وإنَّ سِياحَةَ أمتي الجهادُ في سبيلِ اللهِ عز وجل، وإنَّ لكلِّ أُمةٍ رهبانِيَّةً، ورهبانِيَّةُ أمتي الرِّباطُ في نُحورِ العَدُوِّ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya bagi setiap umat ada pelancongan. Dan sesungguhnya pelancongan umatku ialah berjihad di jalan Allah azza wa jalla. Dan bagi setiap umat ada kerahiban. Dan kerahiban umatku ialah berkawal di tengkuk-tengkuk musuh.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 983, hadis no. 5067. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن لكل أمة ‌سياحة، وإن ‌سياحة أمتي الجهاد في سبيل الله عز وجل، وإن لكل أمه رهبانية، ورهبانية أمتي الرباط في نحور العدو)). [طب، ((الضعيفة)) (2442)]

(Sangat Dhaif) Daripada Abu Umamah RA berkata, “Rasulullah SAW bersabda:, ((sesungguhnya bagi setiap umat ada pelancongan. Dan sesungguhnya pelancongan umatku ialah berjihad di jalan Allah azza wa jalla. Dan bagi setiap umat ada kerahiban. Dan kerahiban umatku ialah berkawal di tengkuk-tengkuk musuh.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2442]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.