Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada nisbah

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل شيء نسبة، وإن نسبة الله -عز وجل- {قل هو الله أحد الله الصمد}، وإن (الصمد) ليس بأجوف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada nisbah dan nisbah Allah ‘Azza Wa Jalla ialah: {Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang Tunggal}. Maksud bagi perkataan al-Ṣamad adalah tidak mempunyai rongga (yakni sifat al-Samad itu tidak mempunyai kelompongan, sama ada dari segi waktu atau keadaan, Allah SWT kekal begitu pada setiap waktu dan keadaan).

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1453, hadis nombor 7391. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن لكل شيء نسبة، وإن نسبة الله -عز وجل- {قل هو الله أحد الله الصمد}، وإن (الصمد) ليس بأجوف)). [السلفي في ((المشيخة البغدادية))، أبو بكر القطيعي في ((قطعة من حديثه))، طس، ((الضعيفة)) (3192)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada nisbah dan nisbah Allah ‘Azza Wa Jalla ialah: {Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang Tunggal}. Maksud bagi perkataan al-Ṣamad adalah tidak mempunyai rongga (yakni sifat al-Samad itu tidak mempunyai kelompongan, sama ada dari segi waktu atau keadaan, Allah SWT kekal begitu pada setiap waktu dan keadaan).
[Riwayat Abū Ṭāhir al-Silafī dalam al-Mashaikhah al-Baghdādiyyah, Abū Bakr al-Qaṭī‘ī dalam potongan hadisnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3192]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.