Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ لكلِّ شيءٍ نِسْبَةً، وإنَّ نِسْبَةَ اللهِ -عز وجل- {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللهُ الصَّمَدُ}، وإنَّ (الصَّمَدَ) ليس بأَجْوَفَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada nisbah dan nisbah Allah ‘Azza Wa Jalla ialah: {Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang Tunggal}. Maksud bagi perkataan al-Ṣamad adalah tidak mempunyai rongga (yakni sifat al-Samad itu tidak mempunyai kelompongan, sama ada dari segi waktu atau keadaan, Allah SWT kekal begitu pada setiap waktu dan keadaan).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1453, hadis no. 7391. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن لكل شيء نسبة، وإن نسبة الله -عز وجل- {قل هو الله أحد الله الصمد}، وإن (الصمد) ليس بأجوف)). [السلفي في ((المشيخة البغدادية))، أبو بكر القطيعي في ((قطعة من حديثه))، طس، ((الضعيفة)) (3192)]
(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada nisbah dan nisbah Allah ‘Azza Wa Jalla ialah: {Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang Tunggal}. Maksud bagi perkataan al-Ṣamad adalah tidak mempunyai rongga (yakni sifat al-Samad itu tidak mempunyai kelompongan, sama ada dari segi waktu atau keadaan, Allah SWT kekal begitu pada setiap waktu dan keadaan). [Riwayat Abū Ṭāhir al-Silafī dalam al-Mashaikhah al-Baghdādiyyah, Abū Bakr al-Qaṭī‘ī dalam potongan hadisnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3192]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman