Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada jantung (hati) dan sesungguhnya jantung (hati) al-Quran adalah Yaasin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن لكل شيء قلبا، وإن قلب القرآن (يس)، ومن قرأ (يس) وهو يريد بها الله عز وجل؛ غفر الله له، وأعطي من الأجر كأنما قرأ القرآن اثنتي عشرة مرة، وأيما مسلم قرئ عنده إذا نزل به ملك الموت سورة (يس)، نزل بكل حرف من سورة (يس) عشرة أملاك يقومون بين يديه صفوفا ويستغفرون له، ويشهدون غسله، ويشيعون جنازته، ويصلون عليه، ويشهدون دفنه. وأيما مسلم قرأ (يس) وهو في سكرات الموت؛ لم يقبض ملك الموت روحه حتى يجيئه رضوان خازن الجنة بشربة من شراب الجنة فيشربها وهو على فراشه، يقبض ملك الموت روحه وهو ريان، ويمكث في قبره؛ وهو ريان، ويبعث يوم القيامة وهو ريان، ويحاسب وهو ريان، ولا يحتاج إلى حوض من حياض الأنبياء حتى يدخل الجنة وهو ريان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada jantung (hati) dan sesungguhnya jantung (hati) al-Quran adalah Yaasin. Dan sesiapa yang membaca Yaasin kerana Allah, maka Allah akan mengampuninya serta diberikan ganjaran kepadanya sebagaimana orang membaca al-Quran dua belas kali. Mana-mana muslim apabila dibacakan surah Yaasin kepadanya ketika turunnya malaikat maut, akan turun setiap satu huruf daripada surah Yaasin sepuluh orang malaikat yang akan berdiri di depannya dalam keadaan berbaris dan para malaikat tersebut akan beristighfar untuknya serta menyaksikan pemandiannya, mengiringi jenazahnya, bersolat ke atasnya dan menyaksikan pengkebumiannya. Mana-mana muslim apabila dibacakan surah Yaasin kepadanya dalam keadaan sakaratul maut tidak akan diambil nyawanya oleh malaikat maut sehingga datang malaikat Ridhuan iaitu penjaga syurga dengan membawa minuman daripada syurga maka orang tersebut akan meminumnya ketika berada di atas katilnya, malaikat maut mencabut rohnya dalam keadaan dia hilang dahaga, dihisab dalam keadaan hilang dahaga dan dia tidak mengharapkan lagi telaga daripada telaga nabi-nabi sehingga dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan hilang dahaga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1756-1757, hadis nombor 8846. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي بن كعب -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((إن لكل شيء قلبا، وإن قلب القرآن (يس) ، ومن قرأ (يس) وهو يريد بها الله عز وجل؛ غفر الله له، وأعطي من الأجر كأنما قرأ القرآن اثنتي عشرة مرة، وأيما مسلم قرئ عنده إذا نزل به ملك الموت سورة (يس) ، نزل بكل حرف من سورة (يس) عشرة أملاك يقومون بين يديه صفوفا ويستغفرون له، ويشهدون غسله، ويشيعون جنازته، ويصلون عليه، ويشهدون دفنه. وأيما مسلم قرأ (يس) وهو في سكرات الموت؛ لم يقبض ملك الموت روحه حتى يجيئه رضوان خازن الجنة بشربة من شراب الجنة فيشربها وهو على فراشه، يقبض ملك الموت روحه وهو ريان، ويمكث في قبره؛ وهو ريان، ويبعث يوم القيامة وهو ريان، ويحاسب وهو ريان، ولا يحتاج إلى حوض من حياض الأنبياء حتى يدخل الجنة وهو ريان.)) [القضاعي، ((الضعيفة)) (5870)].

(Palsu)
Daripada Ubay bin Ka’ab RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada jantung (hati) dan sesungguhnya jantung (hati) al-Quran adalah Yaasin. Dan sesiapa yang membaca Yaasin kerana Allah, maka Allah akan mengampuninya serta diberikan ganjaran kepadanya sebagaimana orang membaca al-Quran dua belas kali. Mana-mana muslim apabila dibacakan surah Yaasin kepadanya ketika turunnya malaikat maut, akan turun setiap satu huruf daripada surah Yaasin sepuluh orang malaikat yang akan berdiri di depannya dalam keadaan berbaris dan para malaikat tersebut akan beristighfar untuknya serta menyaksikan pemandiannya, mengiringi jenazahnya, bersolat ke atasnya dan menyaksikan pengkebumiannya. Mana-mana muslim apabila dibacakan surah Yaasin kepadanya dalam keadaan sakaratul maut tidak akan diambil nyawanya oleh malaikat maut sehingga datang malaikat Ridhuan iaitu penjaga syurga dengan membawa minuman daripada syurga maka orang tersebut akan meminumnya ketika berada di atas katilnya, malaikat maut mencabut rohnya dalam keadaan dia hilang dahaga, dihisab dalam keadaan hilang dahaga dan dia tidak mengharapkan lagi telaga daripada telaga nabi-nabi sehingga dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan hilang dahaga.))
[Riwayat al-Qudha’iy. Lihat Silsilah al-Da;ifah no. 5870].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.