Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ لكلِّ شيءٍ قلبًا، وإنَّ قلبَ القرآنِ يس، ومَن قرَأ يس وهو يريدُ بها اللَّه عزَّ وجلَّ؛ غفر اللَّهُ لهُ، وأُعطِيَ من الأجرِ كأنَّما قرأ القرآن اثنتَي عشرةَ مرَّةً، وأيُّما مسلِمٍ قُرِئَ عندَهُ إذا نزل به مَلكُ الموتِ سورةُ يس؛ نزلَ بكلِّ حرفٍ من سورةِ يس عَشرةُ أملاكٍ يقومونَ بين يدَيهِ صفوفًا ويستَغفرونَ له، ويشهَدون غَسلَهُ، ويُشيِّعونَ جنازَتَهُ، ويُصلُّونَ عليهِ، ويشهَدونَ دفنَهُ. وأيُّما مسلِمٍ قرأ يس وهو في سكَراتِ الموتِ؛ لم يقبِضْ ملَكُ الموتِ روحَهُ حتَّى يجيئَهُ رضوانُ خازِنُ الجنَّةِ بشربَةٍ من شرابِ الجنَّةِ فيشرَبَها وهو على فراشِهِ، يقبِضُ ملكُ الموتِ روحَهُ وهو ريان، ويمكثُ في قبرِهِ وهو ريَّانُ، ويُبعَثُ يومَ القيامةِ وهو ريَّانُ، ويُحاسَبُ وهو ريَّانُ، ولا يحتاجُ إلى حوضٍ من حياضِ الأنبياءِ حتَّى يدخلَ الجنَّةَ وهو ريَّانُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada jantung (hati) dan sesungguhnya jantung (hati) al-Quran adalah Yaasin. Dan sesiapa yang membaca Yasin kerana Allah, maka Allah akan mengampuninya serta diberikan ganjaran kepadanya sebagaimana orang membaca al-Quran dua belas kali. Mana-mana muslim apabila dibacakan surah Yaasin di sisinya ketika turunnya malaikat maut, akan turun setiap satu huruf sepuluh orang malaikat yang akan berdiri di depannya dalam keadaan berbaris dan para malaikat tersebut akan selawat dan beristighfar kepadanya serta menyaksikan ketika nyawanya diambil, menyaksikan pemandiannya, mengikuti jenazahnya, bersolat ke atasnya dan menyaksikan pengkebumiannya. Selain itu juga, apabila dibacakan surah Yasin ke atas orang yang sakit ketika dalam keadaan sakaratul maut tidak akan diambil nyawanya oleh malaikat maut sehingga datang malaikat Ridhuan iaitu penjaga syurga dengan membawa minuman daripada syurga maka orang tersebut akan meminumnya ketika berada di atas katilnya, malaikat maut mencabut rohnya dalam keadaan dia hilang dahaga, dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan hilang dahaga dan dia tidak mengharapkan lagi telaga daripada telaga nabi-nabi sehingga dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan hilang dahaga.
Sahabat Perawi
- Ubay bin Ka'ab
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1756-1757, hadis no. 8846. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي بن كعب -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((إن لكل شيء قلبا، وإن قلب القرآن (يس) ، ومن قرأ (يس) وهو يريد بها الله عز وجل؛ غفر الله له، وأعطي من الأجر كأنما قرأ القرآن اثنتي عشرة مرة، وأيما مسلم قرئ عنده إذا نزل به ملك الموت سورة (يس) ، نزل بكل حرف من سورة (يس) عشرة أملاك يقومون بين يديه صفوفا ويستغفرون له، ويشهدون غسله، ويشيعون جنازته، ويصلون عليه، ويشهدون دفنه. وأيما مسلم قرأ (يس) وهو في سكرات الموت؛ لم يقبض ملك الموت روحه حتى يجيئه رضوان خازن الجنة بشربة من شراب الجنة فيشربها وهو على فراشه، يقبض ملك الموت روحه وهو ريان، ويمكث في قبره؛ وهو ريان، ويبعث يوم القيامة وهو ريان، ويحاسب وهو ريان، ولا يحتاج إلى حوض من حياض الأنبياء حتى يدخل الجنة وهو ريان.)) [القضاعي، ((الضعيفة)) (5870)].
(Palsu) Daripada Ubay bin Ka'ab RA beliau berlata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada jantung (hati) dan sesungguhnya jantung (hati) al-Quran adalah Yaasin. Dan sesiapa yang membaca Yaasin kerana Allah, maka Allah akan mengampuninya serta diberikan ganjaran kepadanya sebagaimana orang membaca al-Quran dua belas kali. Mana-mana muslim apabila dibacakan surah Yaasin di sisinya ketika turunnya malaikat maut, akan turun setiap satu huruf sepuluh orang malaikat yang akan berdiri di depannya dalam keadaan berbaris dan para malaikat tersebut akan selawat dan beristighfar kepadanya serta menyaksikan ketika nyawanya diambil, menyaksikan pemandiannya, mengikuti jenazahnya, bersolat ke atasnya dan menyaksikan pengkebumiannya. Selain itu juga, apabila dibacakan surah Yaasin ke atas orang yang sakit ketika dalam keadaan sakaratul maut tidak akan diambil nyawanya oleh malaikat maut sehingga datang malaikat Ridhuan iaitu penjaga syurga dengan membawa minuman daripada syurga maka orang tersebut akan meminumnya ketika berada di atas katilnya, malaikat maut mencabut rohnya dalam keadaan dia hilang dahaga, dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan hilang dahaga dan dia tidak mengharapkan lagi telaga daripada telaga nabi-nabi sehingga dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan hilang dahaga.)) [Riwayat al-Qudha’iy. Lihat Silsilah al-Da;ifah no. 5870].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman