Sesungguhnya bagi setiap pohon ada buahnya, dan buah bagi hati adalah anak

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل شجرة ثمرة، وثمرة القلب الولد، إن الله لا يرحم من لا يرحم ولده. والذي نفسي بيده! لا يدخل الجنة إلا رحيم. قلنا: يا رسول الله! كلنا يرحم، قال: ليست الرحمة أن يرحم أحدكم صاحبه؛ إنما الرحمة أن يرحم الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap pohon ada buahnya, dan buah bagi hati adalah anak. Sesungguhnya Allah tidak merahmati mereka yang tidak menyayangi anaknya. Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman-Nya! Tidak akan masuk seseorang yang penyayang. Kami pun berkata: “Wahai Rasulullah! Kami semua menyayangi diantara satu sama lain." Rasulullah pun bersabda: “Bukanlah rahmat itu seseorang diantara kamu menyayangi sahabat yang lain, akan tetapi rahmat itu adalah kamu menyayangi manusia."

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 935, hadis nombor 4809. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إن لكل شجرة ثمرة، وثمرة القلب الولد، إن الله لا يرحم من لا يرحم ولده. والذي نفسي بيده! لا يدخل الجنة إلا رحيم)). قلنا: يا رسول الله! كلنا يرحم، قال: ((ليست الرحمة أن يرحم أحدكم صاحبه؛ إنما الرحمة أن يرحم الناس)).
[البراز، ((الضعيفة)) (3194)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya bagi setiap pohon ada buahnya, dan buah bagi hati adalah anak. Sesungguhnya Allah tidak merahmati mereka yang tidak menyayangi anaknya. Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman-Nya! Tidak akan masuk seseorang yang penyayang. Kami pun berkata: “Wahai Rasulullah! Kami semua menyayangi diantara satu sama lain." Rasulullah pun bersabda: “Bukanlah rahmat itu seseorang diantara kamu menyayangi sahabat yang lain, akan tetapi rahmat itu adalah kamu menyayangi manusia."
[Riwayat al-Barraz. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3194].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.