Sesungguhnya bagi setiap perkara itu ada penyakit yang akan menghancurkannya, dan sesungguhnya penyakit bagi agama ini adalah hawa nafsu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن لكل شيء آفة تهلكه، وإن آفة هذا الدين الأهواء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap perkara itu ada penyakit yang akan menghancurkannya, dan sesungguhnya penyakit bagi agama ini adalah hawa nafsu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 519, hadis nombor 2754. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن کرز بن وبرة الحارثي، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن لكل شيء آفة تهلكه، وإن آفة هذا الدين الأهواء». [الأصبهاني في «الحجة في بيان المحجة»، «الضعيفة» (5558)].

(Lemah) Daripada Kurz bin Wabrah al-Harithi RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya bagi setiap perkara itu ada penyakit yang akan menghancurkannya, dan sesungguhnya penyakit bagi agama ini adalah hawa nafsu". [Riwayat al-Asbahani dalam al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5558].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.