Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya bagi setiap perkara itu ada penyakit yang akan menghancurkannya, dan sesungguhnya penyakit bagi agama ini adalah hawa nafsu

Teks Bahasa Arab

إنَّ لِكُلِّ شيءٍ آفةً تُهْلِكُهُ، وإنَّ آفةَ هذا الدِّينِ الأَهْواءُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya bagi setiap perkara itu ada penyakit yang akan menghancurkannya, dan sesungguhnya penyakit bagi agama ini adalah hawa nafsu.

Sahabat Perawi

  1. Kurz bin Wabrah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 519, hadis no. 2754.

(ضعيف) عن کرز بن وبرة الحارثي، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن لكل شيء آفة تهلكه، وإن آفة هذا الدين الأهواء». [الأصبهاني في «الحجة في بيان المحجة»، «الضعيفة» (5558)].

(Lemah) Daripada Kurz bin Wabrah al-Harithi RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya bagi setiap perkara itu ada penyakit yang akan menghancurkannya, dan sesungguhnya penyakit bagi agama ini adalah hawa nafsu". [Riwayat al-Asbahani dalam al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5558].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.