Sesungguhnya bagi setiap perkara itu ada kotoran

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل شيء قمامة وقمامة المسجد: لا والله، وبلى والله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap perkara itu ada kotoran dan kotoran bagi masjid adalah ucapan: Tidak, demi Allah dan bahkan, demi Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 280, hadis nombor 1452. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن لكل شيء قمامة وقمامة المسجد: لا والله، وبلى والله)).
[ع، عد، طس، ((الضعيفة)) (3977)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya bagi setiap perkara itu ada kotoran dan kotoran bagi masjid adalah ucapan: Tidak, demi Allah dan bahkan, demi Allah.
[Riwayat Musnad Abi Ya'la, al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3977]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs