Sesungguhnya bagi setiap pelaku kejahatan itu ada taubat, kecuali pemilik akhlak yang buruk

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل مسيء توبة، إلا صاحب سوء الخلق؛ فإنه لا يتوب من ذنب إلا وقع في شر منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap pelaku kejahatan itu ada taubat, kecuali pemilik akhlak yang buruk. Sesungguhnya dia tidak bertaubat daripada dosa melainkan dia akan melakukan sesuatu yang lebih buruk daripadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 50, hadis nombor 207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((إن لكل مسيء توبة، إلا صاحب سوء الخلق؛ فإنه لا يتوب من ذنب إلا وقع في شر منه)). [خط، ((الضعيفة)) (3119)].

(Palsu)
Daripada ‘Ā’ishah RA secara marfū‘ ( disandarkan kepada Nabi SAW ) :
((Sesungguhnya bagi setiap pelaku kejahatan itu ada taubat, kecuali pemilik akhlak yang buruk. Sesungguhnya dia tidak bertaubat daripada dosa melainkan dia akan melakukan sesuatu yang lebih buruk daripadanya.))
[Riwayat al-Khaṭīb dalam Tārikh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3119.]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs