Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن لكلِّ مُسِيءٍ توبةٌ، إلا صاحبَ سوءِ الخُلُقِ ؛ فإنه لا يتوبُ من ذنبٍ إلا وقع في شرٍّ منه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi setiap pelaku kejahatan itu ada taubat, kecuali pemilik akhlak yang buruk. Sesungguhnya dia tidak bertaubat daripada dosa melainkan dia akan melakukan sesuatu yang lebih buruk daripadanya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 50, hadis no. 207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((إن لكل مسيء توبة، إلا صاحب سوء الخلق؛ فإنه لا يتوب من ذنب إلا وقع في شر منه)). [خط، ((الضعيفة)) (3119)].
(Palsu) Daripada ‘Ā’ishah RA secara marfū‘ ( disandarkan kepada Nabi SAW ) : ((Sesungguhnya bagi setiap pelaku kejahatan itu ada taubat, kecuali pemilik akhlak yang buruk. Sesungguhnya dia tidak bertaubat daripada dosa melainkan dia akan melakukan sesuatu yang lebih buruk daripadanya.)) [Riwayat al-Khaṭīb dalam Tārikh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3119.]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman