Sesungguhnya bagi setiap nabi itu pada hari kiamat akan ada mimbar daripada cahaya, sedangkan sungguh aku berada di atas mimbar yang paling tinggi dan paling bercahaya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن لكل نبي يوم القيامة منبرا من نور، وإني لعلى أطولها وأنورها، فيجيء مناد ينادي: أين النبي الأمي؟ قال: فيقول الأنبياء: كلنا نبی أميّ؛ فإلى أينا أرسل؟ فيرجع الثانية فيقول: أين النبي العربي؟ قال: فينزل محمد حتى يأتي باب الجنة فيقرعه فيقول: من؟ فيقول: محمد – أو أحمد -، فيقال: أو قد أرسل إليه؟ فيقول: نعم. فيفتح له فيدخل، فيتجلى له الرب، ولا يتجلى لنبي قبله؛ فيخر لله ساجدا، ويحمده بمحامد لم يحمده بها أحد ممن كان قبله، ولن يحمده أحد بها ممن كان بعده، فيقال له: محمد! ارفع رأسك، تكلم تسمع، واشفع تشفع،… فذكر الحديث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap nabi itu pada hari kiamat akan ada mimbar daripada cahaya, sedangkan sungguh aku berada di atas mimbar yang paling tinggi dan paling bercahaya. Kemudian ada suara yang memanggil: “Di manakah nabi yang buta huruf?” Maka para nabi menjawab: “Kami semuanya ialah nabi yang buta huruf. Maka dihantar kepada yang mana satu?” Lalu ia kembali buat kali kedua: “Siapakah nabi yang berbangsa Arab?” Maka Nabi Muḥammad pun turun sehingga tiba di pintu syurga dan mengetuknya. Lalu suara tersebut bertanya: “Siapa?” Baginda ﷺ menjawab: "Muḥammad – atau Aḥmad –.” Suara tersebut bertanya: “Adakah (kamu) yang telah dipanggil?” Baginda menjawab: “Benar.” Maka dibukakan baginya (pintu syurga) lalu baginda masuk. Kemudian Tuhan menzahirkan zat-Nya kepada baginda, sedangkan Dia tidak pernah menzahirkan zat-Nya kepada nabi sebelum baginda. Maka baginda pun tersungkur sujud kepada Allah dan memuji-Nya dengan pujian yang belum pernah seorang pun memuji-Nya dengan pujian itu sebelum dan selepas baginda. Maka dikatakan kepada baginda: “Muḥammad, angkatlah kepalamu, berbicaralah nescaya kamu akan didengari dan berilah syafaat, nescaya diperkenankan syafaat itu…" lalu disebutkan hadis ini (sehingga tamat).

STATUS

Munkar dengan konteks ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 537-538, hadis nombor 2836. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن لكل نبي يوم القيامة منبرا من نور، وإني لعلى أطولها وأنورها، فيجيء مناد ينادي: أين النبي الأمي؟ قال: فيقول الأنبياء: كلنا نبی أميّ؛ فإلى أينا أرسل؟ فيرجع الثانية فيقول: أين النبي العربي؟ قال: فينزل محمد حتى يأتي باب الجنة فيقرعه فيقول: من؟ فيقول: محمد – أو أحمد -، فيقال: أو قد أرسل إليه؟ فيقول: نعم. فيفتح له فيدخل، فيتجلى له الرب، ولا يتجلى لنبي قبله؛ فيخر لله ساجدا، ويحمده بمحامد لم يحمده بها أحد ممن كان قبله، ولن يحمده أحد بها ممن كان بعده، فيقال له: محمد! ارفع رأسك، تكلم تسمع، واشفع تشفع،… فذكر الحديث». [حب، «الضعيفة» (6491)].

(Munkar Dengan Konteks Ini) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya bagi setiap nabi itu pada hari kiamat akan ada mimbar daripada cahaya, sedangkan sungguh aku berada di atas mimbar yang paling tinggi dan paling bercahaya. Kemudian ada suara yang memanggil: “Di manakah nabi yang buta huruf?” Maka para nabi menjawab: “Kami semuanya ialah nabi yang buta huruf. Maka dihantar kepada yang mana satu?” Lalu ia kembali buat kali kedua: “Siapakah nabi yang berbangsa Arab?” Maka Nabi Muḥammad pun turun sehingga tiba di pintu syurga dan mengetuknya. Lalu suara tersebut bertanya: “Siapa?” Baginda ﷺ menjawab: "Muḥammad – atau Aḥmad –.” Suara tersebut bertanya: “Adakah (kamu) yang telah dipanggil?” Baginda menjawab: “Benar.” Maka dibukakan baginya (pintu syurga) lalu baginda masuk. Kemudian Tuhan menzahirkan zat-Nya kepada baginda, sedangkan Dia tidak pernah menzahirkan zat-Nya kepada nabi sebelum baginda. Maka baginda pun tersungkur sujud kepada Allah dan memuji-Nya dengan pujian yang belum pernah seorang pun memuji-Nya dengan pujian itu sebelum dan selepas baginda. Maka dikatakan kepada baginda: “Muḥammad, angkatlah kepalamu, berbicaralah nescaya kamu akan didengari dan berilah syafaat, nescaya diperkenankan syafaat itu…" lalu disebutkan hadis ini (sehingga tamat). [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Ṣaḥīḥ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6491].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.