Sesungguhnya bagi seorang wanita daripada hamilnya kepada melahirkan, sehingga berpisah (susu), ganjarannya adalah umpama orang yang berjauhan (berperang) di jalan Allah…

TEKS BAHASA ARAB

إن للمرأةِ في حَمْلها إلى وَضْعِها، إلى فِصالِها من الأجر كالمُتَشَحِّط في سبيلِ الله، فإنْ هَلَكَتْ فيما بين ذلك؛ فلها أَجْرُ الشَّهيدِ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi seorang wanita daripada waktu hamilnya kepada melahirkan, sehingga berpisah (susu), ganjarannya adalah umpama orang yang berjauhan (berperang) di jalan Allah. Oleh itu, sekiranya dia binasa (mati) di antara situasi tersebut, maka baginya ganjaran syahid.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1764, hadis nombor 8878. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنه- قال: أراه- عن النبي -صلى الله عليه وسلم-: ((إن للمرأةِ في حَمْلها إلى وَضْعِها، إلى فِصالِها من الأجر كالمُتَشَحِّط في سبيلِ الله، فإنْ هَلَكَتْ فيما بين ذلك؛ فلها أَجْرُ الشَّهيدِ.)) [عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (6047)].

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA -aku melihatnya- daripada Nabi SAW baginda bersabda: ((Sesungguhnya bagi seorang wanita daripada waktu hamilnya kepada melahirkan, sehingga berpisah (susu), ganjarannya adalah umpama orang yang berjauhan (berperang) di jalan Allah. Oleh itu, sekiranya dia binasa (mati) di antara situasi tersebut, maka baginya ganjaran syahid.))
[Riwayat Abd bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6047].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs