Sesungguhnya bagi seorang muslim itu ada haknya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن للمسلم حقا إذا رآه آخوه أن يتزحزح له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi seorang muslim itu ada haknya, apabila dia melihat saudaranya, maka dia akan beralih tempatnya (untuk memberi ruang) kepadanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 151 hadis nombor 759. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن واثلة رضي الله عنه، قال: دخل رجل إلى رسول الله صلى الله عليه والله وسلم وهو في المسجد قاعد، فتزحزح له رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال الرجل: يا رسول الله! إن في المكان سعة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إن للمسلم حقاً إذا رآه آخوه أنْ يتزحْزحَ له.
[هب، ((الضعيفة)) (7117)]

(Munkar)
Daripada Watsilah RA beliau berkata: Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW ketika baginda sedang duduk di dalam masjid. Kemudian Rasulullah SAW pun beralih tempat untuk memberi ruang kepada lelaki tersebut. Lelaki itu pun berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya tempat ini luas. Nabi S.A.W bersabda: Sesungguhnya bagi seorang muslim itu ada haknya, apabila dia melihat saudaranya, maka dia akan beralih tempatnya (untuk memberi ruang) kepadanya.
[Diriwayatkan dalam Syu’ab al-Iman oleh al- Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7117]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.