Sesungguhnya bagi seorang muslim itu ada haknya apabila saudaranya melihatnya untuk dia memberikan ruang kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

إن للمسلم حقا إذا رآه آخوه أن يتزحزح له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi seorang muslim itu ada haknya apabila saudaranya melihatnya untuk dia memberikan ruang kepadanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 242, hadis nombor 1268. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن واثلة – رضي الله عنه -، قال: دخل رجل إلى رسول اللہ ﷺ وهو في المسجد قاعد فتزحزح له رسول اللہ ﷺ فقال الرجل: يا رسول الله إن في المكان سعة، فقال النبي ﷺ: «إن للمسلم حقاً إذا رآه أخوه أن يتزحزح له». [هب، «الضعيفة» (7117)].

(Munkar) Daripada Wathilah RA, beliau berkata: Seorang lelaki masuk menemui Rasulullah ﷺ ketika baginda sedang duduk di dalam masjid, lalu Rasulullah ﷺ pun berganjak untuk lelaki tersebut. Maka lelaki tersebut berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya tempat ini masih lapang". Kemudian Nabi ﷺ berkata: "Sesungguhnya bagi seorang muslim itu ada haknya apabila saudaranya melihatnya untuk dia memberikan ruang kepadanya". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 7117].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs