Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ للمُسلِمِ حقاً إذا رآهُ أَخوهُ أن يتزَحزَحَ لهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi seorang muslim itu ada haknya apabila saudaranya melihatnya untuk dia memberikan ruang kepadanya.
Sahabat Perawi
- Wathilah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 242, hadis no. 1268. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن واثلة - رضي الله عنه -، قال: دخل رجل إلى رسول اللہ ﷺ وهو في المسجد قاعد فتزحزح له رسول اللہ ﷺ فقال الرجل: يا رسول الله إن في المكان سعة، فقال النبي ﷺ: «إن للمسلم حقاً إذا رآه أخوه أن يتزحزح له». [هب، «الضعيفة» (7117)].
(Munkar) Daripada Wathilah RA, beliau berkata: Seorang lelaki masuk menemui Rasulullah ﷺ ketika baginda sedang duduk di dalam masjid, lalu Rasulullah ﷺ pun berganjak untuk lelaki tersebut. Maka lelaki tersebut berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya tempat ini masih lapang". Kemudian Nabi ﷺ berkata: "Sesungguhnya bagi seorang muslim itu ada haknya apabila saudaranya melihatnya untuk dia memberikan ruang kepadanya". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 7117].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman