Sesungguhnya bagi kedua ibu bapa ada hutang ke atas anak mereka berdua

TEKS BAHASA ARAB

إنه يكون للوالدين على ولدهما دين، فإذا كان يوم القيامة يتعلقان به. فيقول: أنا ولدكما! فيودان أو يتمنيان لو كان أكثر من ذلك!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi kedua ibu bapa ada hutang ke atas anak mereka berdua, apabila tiba hari kiamat mereka akan bergantung kepadanya. Lalu anak itu berkata: Aku ialah anak kamu berdua! Lalu mereka berdua mahu atau bercita-cita sekiranya anak mereka lebih ramai daripada itu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 801, hadis nombor 4130. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن زاذان، قال: دخلت على عبد الله بن مسعود وقد سبق إلى مجلسه أصحاب الخز والديباج، فقلت: أدنيت الناس وأقصيتني؟! فقال: ادن، فأدناني حتى أقعدني على بساطه، ثم قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إنه يكون للوالدين على ولدهما دين، فإذا كان يوم القيامة يتعلقان به. فيقول: أنا ولدكما! فيودان أو يتمنيان لو كان أكثر من ذلك!)). [طب، المروزي في ((زوائد الزهد))، ((الضعيفة)) (5012)]

(Munkar) Daripada Zādhān, beliau berkata: Aku mengunjungi ‘Abdullah bin Mas‘ūd dan telah datang ke majlis beliau golongan yang memakai sutera. Lalu aku berkata: Engkau menghampiri manusia itu namun engkau meminggirkan aku?! Maka beliau berkata: Mendekatlah (kamu), lalu dia mendekatkan aku sehingga dia mendudukkan aku di atas tikarnya seraya berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya bagi kedua ibu bapa ada hutang ke atas anak mereka berdua, apabila tiba hari kiamat mereka akan bergantung kepadanya. Lalu anak itu berkata: Aku ialah anak kamu berdua! Lalu mereka berdua mahu atau bercita-cita sekiranya anak mereka lebih ramai daripada itu. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Marūzī dalam Zawāid al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5012]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs