Sesungguhnya bagi golongan munafik itu terdapat tanda-tanda yang diketahui: Salam mereka itu adalah laknat

TEKS BAHASA ARAB

إن للمنافقين علامات يعرفون بها: تحيتهم لعنة وطعامهم نهبة وغنيمتهم غلول ولا يقربون المساجد إلا هجرا ولا يأتون الصلاة إلا دبرا مستكبرين لا يألفون ولا يؤلفون خشب بالليل صخب بالنهار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi golongan munafik itu terdapat tanda-tanda yang diketahui: Salam mereka itu adalah laknat, makanan mereka itu hasil rampasan (curi), harta ghanimah mereka hasil khianat, mereka tidak mendekati masjid melainkan untuk meninggalkannya, mereka tidak datang untuk solat melainkan duduk di saf berpaling, sifat mereka sombong, mereka tidak mudah bergaul dan tidak suka digauli, mereka bersikap tunggul kayu pada waktu malam, dan riuh pada waktu siang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1152, hadis nombor 5825. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن للمنافقين علامات يعرفون بها: تحيتهم لعنة وطعامهم نهبة وغنيمتهم غلول ولا يقربون المساجد إلا هجرا ولا يأتون الصلاة إلا دبرا مستكبرين لا يألفون ولا يؤلفون خشب بالليل صخب بالنهار. [حم، البزار، الضعيفة (5872)]

(Sanad Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya bagi golongan munafik itu terdapat tanda-tanda yang diketahui: Salam mereka itu adalah laknat, makanan mereka itu hasil rampasan (curi), harta ghanimah mereka hasil khianat, mereka tidak mendekati masjid melainkan untuk meninggalkannya, mereka tidak datang untuk solat melainkan duduk di saf berpaling, sifat mereka sombong, mereka tidak mudah bergaul dan tidak suka digauli, mereka bersikap tunggul kayu pada waktu malam, dan riuh pada waktu siang. [Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5872]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs