Sesungguhnya bagi golongan miskin itu sebuah pemerintahan

TEKS BAHASA ARAB

إن للمساكين دولة، قيل: يا رسول الله وما دولتهم؟! قال: إذا كان يوم القيامة؛ قيل لهم: انظروا؛ من أطعمكم في الله لقمة، وكساكم ثوبا، أو سقاكم شربة، فأدخلوه الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi golongan miskin itu sebuah pemerintahan. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah, apakah pemerintahan mereka itu? Baginda menjawab: Apabila tiba hari kiamat, akan dikatakan kepada mereka: “Lihatlah! Siapa yang memberi sesuap makan kepada kalian kerana Allah, memberikan pakaian kepada kalian atau memberi minum kepada kalian, masukkanlah mereka ke dalam syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2053, hadis nombor 10324. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله ﷺ: إن للمساكين دولة، قيل: يا رسول الله وما دولتهم؟! قال: إذا كان يوم القيامة؛ قيل لهم: انظروا؛ من أطعمكم في الله لقمة، وكساكم ثوبا، أو سقاكم شربة، فأدخلوه الجنة.
[عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6284)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya bagi golongan miskin itu sebuah pemerintahan. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah, apakah pemerintahan mereka itu? Baginda menjawab: Apabila tiba hari kiamat, akan dikatakan kepada mereka: “Lihatlah! Siapa yang memberi sesuap makan kepada kalian kerana Allah, memberikan pakaian kepada kalian atau memberi minum kepada kalian, masukkanlah mereka ke dalam syurga.”
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al- Kamil fi al- Dhu’afa dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6284]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs