Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ للمساكينِ دولةً، قيل: يا رسول اللهِ وَمَا دولتُهم؟! قال: إذا كان يومُ القيامةِ؛ قيل لهم: انظروا؛ منْ أطْعَمَكم في اللهِ لقمةً، وكساكم ثوبًا، أو سقاكم شربَةً، فأدخلوه الجنةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi golongan miskin itu sebuah pemerintahan. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah, apakah pemerintahan mereka itu? Baginda menjawab: Apabila tiba hari kiamat, akan dikatakan kepada mereka: Lihatlah! Siapa yang memberi sesuap makan kepada kalian kerana Allah, memberikan pakaian kepada kalian atau memberi minum kepada kalian, masukkanlah mereka ke dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Ibn ‘Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2053, hadis no. 10324. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: إن للمساكين دولة، قيل: يا رسول الله وما دولتهم؟! قال: إذا كان يوم القيامة؛ قيل لهم: انظروا؛ من أطعمكم في الله لقمة، وكساكم ثوبا، أو سقاكم شربة، فأدخلوه الجنة. [عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6284)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya bagi golongan miskin itu sebuah pemerintahan. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah, apakah pemerintahan mereka itu? Baginda menjawab: Apabila tiba hari kiamat, akan dikatakan kepada mereka: Lihatlah! Siapa yang memberi sesuap makan kepada kalian kerana Allah, memberikan pakaian kepada kalian atau memberi minum kepada kalian, masukkanlah mereka ke dalam syurga. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al- Kamil fi al- Dhu’afa dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6284]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman