Sesungguhnya bagi Allah terdapat hamba-Nya yang istimewa

TEKS BAHASA ARAB

إن لله ضنائن من عباده، يغذوهم في رحمته، ويحييهم في عافيته، وإذا توفاهم توفاهم إلى جنته، أولئك الذين تمر عليهم الفتن كالليل المظلم وهم منها في عافية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi Allah terdapat hamba-Nya yang istimewa. Dia mencukupkan mereka dalam rahmat-Nya dan menghidupkan mereka dalam afiat-Nya. Apabila Dia mematikan mereka, Dia menjamin buat mereka syurga-Nya. Mereka itulah yang ditimpa ujian-ujian seperti kegelapan malam namun mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1791, hadis nombor 9023. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) إن لله ضنائن من عباده، يغذوهم في رحمته، ويحييهم في عافيته، وإذا توفاهم توفاهم إلى جنته، أولئك الذين تمر عليهم الفتن كالليل المظلم وهم منها في عافية. [طب، عق، حل، الخطيب في التلخيص، الهروي في ذم الكلام، ((الضعيفة)) (1239)]

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah terdapat hamba-Nya yang istimewa. Dia mencukupkan mereka dalam rahmat-Nya dan menghidupkan mereka dalam afiat-Nya. Apabila Dia mematikan mereka, Dia menjamin buat mereka syurga-Nya. Mereka itulah yang ditimpa ujian-ujian seperti kegelapan malam namun mereka dalam keadaan baik-baik sahaja." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’, al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Talkhis dan al-Harawi dalam Zamm Al-Kalam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1239]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs