Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن للهِ ضَنَائِنَ من عبادِهِ، يَغْذُوهُم في رحمتِهِ، ويُحْيِيِهِم في عافيتِهِ، وإذا تَوَفَّاهُم تَوَفَّاهُم إلى جنتِهِ، أولئك الذين تَمُرُّ عليهم الفِتَنُ كالليلِ المُظْلِمِ وهم منها في عافيةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi Allah terdapat hamba-Nya yang istimewa. Dia mencukupkan mereka dalam rahmat-Nya dan menghidupkan mereka dalam afiat-Nya. Apabila Dia mematikan mereka, Dia menjamin buat mereka syurga-Nya. Mereka itulah yang ditimpa ujian-ujian seperti kegelapan malam namun mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1791, hadis no. 9023. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) إن لله ضنائن من عباده، يغذوهم في رحمته، ويحييهم في عافيته، وإذا توفاهم توفاهم إلى جنته، أولئك الذين تمر عليهم الفتن كالليل المظلم وهم منها في عافية. [طب، عق، حل، الخطيب في التلخيص، الهروي في ذم الكلام، ((الضعيفة)) (1239)]
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah terdapat hamba-Nya yang istimewa. Dia mencukupkan mereka dalam rahmat-Nya dan menghidupkan mereka dalam afiat-Nya. Apabila Dia mematikan mereka, Dia menjamin buat mereka syurga-Nya. Mereka itulah yang ditimpa ujian-ujian seperti kegelapan malam namun mereka dalam keadaan baik-baik sahaja." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’, al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Talkhis dan al-Harawi dalam Zamm Al-Kalam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1239]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman