Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya bagi Allah ta’ala wali yang soleh

Teks Bahasa Arab

إنّ لله تَعَالَى عِنْدَ كُلِّ بِدْعَةٍ كيدَ بِها الإِسْلامُ وأهْلُهُ وَلِيّاً صالِحاً يَذُبُّ عَنْهُ ويَتَكَلَّمُ بِعلاماتِهِ فاغْتَنِمُوا حُضُورَ تِلْكَ المجالِس بالذّبِّ عَن الضُّعفَاءِ وتَوَكَّلوا على الله وَكَفَى بِالله وكيلا.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya bagi Allah ta’ala wali yang soleh di sisi setiap bidaah yang bertujuan menipu Islam dan penganutnya, yang mana dia mempertahankan Islam, bercakap mengenai tanda-tandanya. Ambillah peluang menghadiri majlis-majlis ini untuk mengelakkannya dari pihak yang daif (daripada berhujah) dan bertawakkallah kepada Allah dan cukuplah Allah sebagai pengurus.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 23, hadis no. 105. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadis ini daripada rekaan penglipurlara dan ia kebodohan yang orang berakal terlepas daripadanya apatah lagi penghulu segala manusia (Nabi).

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.