Sesungguhnya bagi Allah Taala pada setiap hari Jumaat 600 ribu orang hamba

TEKS BAHASA ARAB

إن لله تعالى في كل يوم جمعة ستمائة ألف عتيق من النار، كلهم قد استوجبوا النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi Allah Taala pada setiap hari Jumaat 600 ribu orang hamba yang dibebaskan daripada api neraka, kesemua mereka telah wajib memasuki neraka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 349, hadis nombor 1844. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن لله تعالى في كل يوم جمعة ستمائة ألف عتيق من النار، كلهم قد استوجبوا النار)).
[ابن حبان في ((المجروحين))، تمام، عد، الواحدي في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (614)]

(Munkar) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya bagi Allah Taala pada setiap hari Jumaat 600 ribu orang hamba yang dibebaskan daripada api neraka, kesemua mereka telah wajib memasuki neraka.
[Riwayat Ibn Ḥibbān dalam Kitab al-Majrūḥīn, Tammam dalam kitab al-Fawā’id, Ibn ‘Adī dalam kitab al-Kāmil, al-Wāhidī dalam kitab Tafsīrnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 614]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs