TEKS BAHASA ARAB
إن لله تعالى عموداً تحت العرش؛ فإذا قال العبد: لا إله إلا الله؛ اهتز ذلك العمود، فيقول الله عز وجل: اسكن. فيقول: يا رب! وكيف أسكن ولم تغفر لقائلها؟! قال: فيقول: فإني قد غفرت له، قال: فيسكن عند ذاك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya bagi Allah SWT di bawah Arasy-Nya ada sebuah tiang, dan apabila seorang hamba mengucapkan ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’, maka tiang itu akan bergegar. Lalu Allah ‘Azza Wa Jalla pun berfirman: Tetaplah engkau! (berhenti bergegar dan menjadi tetap), lalu tiang itu pun berkata: Wahai Tuhan! Bagaimana aku ingin menjadi tetap sedangkan Engkau belum mengampunkan hambaMu yang mengucapkannya? Allah pun berfirman: Sesungguhnya Aku telah mengampuninya. Baginda berkata: Maka ketika itu tiang tersebut pun menjadi tetap.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1504, hadis nombor 7666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إن لله تعالى عموداً تحت العرش؛ فإذا قال العبد: لا إله إلا الله؛ اهتز ذلك العمود، فيقول الله عز وجل: اسكن. فيقول: يا رب! وكيف أسكن ولم تغفر لقائلها؟! قال: فيقول: فإني قد غفرت له، قال: فيسكن عند ذاك. [البراز، ابن شاهين، ابن البنا في ((فضائل التهليل))، ابن عساكر، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (5125)].
(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya bagi Allah SWT di bawah Arasy-Nya ada sebuah tiang, dan apabila seorang hamba mengucapkan ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’, maka tiang itu akan bergegar. Lalu Allah ‘Azza Wa Jalla pun berfirman: Tetaplah engkau! (berhenti bergegar dan menjadi tetap), lalu tiang itu pun berkata: Wahai Tuhan! Bagaimana aku ingin menjadi tetap sedangkan Engkau belum mengampunkan hambaMu yang mengucapkannya? Allah pun berfirman: Sesungguhnya Aku telah mengampuninya. Baginda berkata: Maka ketika itu tiang tersebut pun menjadi tetap.))
[Riwayat al-Bazzar, Ibnu Shahin, Ibnu al-Batta dalam Fadhail al-Tahlil, Ibnu ‘Asakir, dan al-Dhiya dalam al-Muntaqa. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5125].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.