Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ للهَ تَعَالَى عَمُودًا تَحْتَ العَرْشِ؛ فَإِذَا قَالَ العَبْدُ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ؛ اهْتَزَّ ذَلِكَ العَمُودُ، فَيَقُولُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: اُسْكًنْ. فَيَقُولُ: يَا رَبِّ! وَكَيْفَ أَسْكُنْ وَلَمْ تَغْفِرْ لِقَائِلِهَا؟! قَالَ: فَيَقُولُ: فَإِنِّي قَدْ غَفِرْتُ لَهُ، قَالَ: فَيَسْكُنُ عِنْدَ ذَاكَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi Allah SWT di bawah Arasy-Nya ada sebuah tiang, dan apabila seorang hamba mengucapkan ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’, maka tiang itu akan bergegar. Lalu Allah ‘Azza Wa Jalla pun berfirman: Tetaplah engkau! (berhenti bergegar dan menjadi tetap), lalu tiang itu pun berkata: Wahai Tuhan! Bagaimana aku ingin menjadi tetap sedangkan Engkau belum mengampunkan hambaMu yang mengucapkannya? Allah pun berfirman: Sesungguhnya Aku telah mengampuninya. Baginda berkata: Maka ketika itu tiang tersebut pun menjadi tetap.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1504, hadis no. 7666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إن لله تعالى عموداً تحت العرش؛ فإذا قال العبد: لا إله إلا الله؛ اهتز ذلك العمود، فيقول الله عز وجل: اسكن. فيقول: يا رب! وكيف أسكن ولم تغفر لقائلها؟! قال: فيقول: فإني قد غفرت له، قال: فيسكن عند ذاك. [البراز، ابن شاهين، ابن البنا في ((فضائل التهليل))، ابن عساكر، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (5125)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya bagi Allah SWT di bawah Arasy-Nya ada sebuah tiang, dan apabila seorang hamba mengucapkan ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’, maka tiang itu akan bergegar. Lalu Allah ‘Azza Wa Jalla pun berfirman: Tetaplah engkau! (berhenti bergegar dan menjadi tetap), lalu tiang itu pun berkata: Wahai Tuhan! Bagaimana aku ingin menjadi tetap sedangkan Engkau belum mengampunkan hambaMu yang mengucapkannya? Allah pun berfirman: Sesungguhnya Aku telah mengampuninya. Baginda berkata: Maka ketika itu tiang tersebut pun menjadi tetap.)) [Riwayat al-Bazzar, Ibnu Shahin, Ibnu al-Batta dalam Fadhail al-Tahlil, Ibnu 'Asakir, dan al-Dhiya dalam al-Muntaqa. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5125].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman