TEKS BAHASA ARAB
إن لله عز وجل في الخلق ثلاث مئة قلوبهم على قلب آدم عليه السلام، ولله تعالى في الخلق أربعون قلوبهم على قلب موسى عليه السلام، ولله تعالى في الخلق أربعون قلوبهم على قلب موسى عليه السلام، ولله تعالى في الخلق سبعة قلوبهم على قلب إبراهيم عليه السلام، ولله تعالى خمسة قلوبهم على قلب جبريل عليه السلام، ولله تعالى في الخلق ثلاثة قلوبهم على قلب ميكائيل عليه السلام، ولله تعالى في الخلق واحد قلبه على قلب إسرافيل عليه السلام، فإذا مات الواحد أبدل الله مكانه من الثلاثة، وإذا من الثلاثة أبدل الله مكانه من الخمسة، وإذا مات من الخمسة أبدل الله تعالى مكانه من السبعة، وإذا مات من السبعة أبدل الله تعالى مكانه من الأربعين، وإذا مات من الأربعين أبدل الله تعالى مكانه من الثلاث مئة، وإذا مات من الثلاث مئة أبدل الله تعالى مكانه من العامة، فبهم يحيي ويميت، ويمطر وينبت ويدفع البلاء
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya bagi Allah pada makhluk 300 jiwa mereka di atas satu jiwa Adam AS, bagi Allah pada makhluk 40 jiwa mereka di atas satu hati Musa AS, bagi Allah pada makhluk 7 jiwa mereka di atas satu jiwa Ibrahim AS, bagi Allah pada makhluk 5 jiwa mereka di atas satu jiwa Jibril AS, bagi Allah pada makhluk 3 jiwa mereka di atas satu jiwa Mika’il AS dan bagi Allah pada makhluk satu jiwanya di atas satu jiwa Israfil AS. Apabila matinya seorang maka Allah akan menggantikan tempatnya daripada 3, apabila matinya 3 Allah akan menggantikan tempat daripada 5, apabila matinya daripada 5 maka Allah akan menggantikan tempatnya daripada 7, apabila matinya daripada 7 maka Allah akan menggantikan tempatnya daripada 40, apabila matinya daripada 40 maka Allah akan menggantikan tempatnya daripada 300, apabila matinya daripada 300 maka Allah akan mengubah tempatnya daripada 300 dan apabila matinya daripada 300 maka Allah akan menggantikan tempatnya daripada keseluruhan. Maka dengan mereka itu Allah hidupkan dan matikan, turunkan hujan dan tumbuhkan (tanaman) serta menolak bala.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1679-1680, hadis nombor 8471. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Mas'ud ini yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, Ibn Asakir dan al-Zahabi dalam al-Mizan.
Ia dinilai palsu oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله .
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.