TEKS BAHASA ARAB
حديث: "إِنَّ لِلَّهِ مَلَكًا يُسَمَّى شَمْخَائِيلَ، يَأْخُذُ الْبَرَاءَاتِ لِلْمُصَلِّينَ مِنَ اللَّهِ عَنْ كُلِّ صَلاةٍ، فَإِذَا أَصْبَحَ المؤمنون قاموا فَتَوَضَّئُوا لِصَلاةِ الْفَجْرِ وَصَلَّوْا أَخَذَ لهم براءة أولى مكتوب فِيهَا: عَبِيدِي وَإِمَائِي فِي جِوَارِي، جَعَلْتُكُمْ فِي ذِمَّتِي وَحِفْظِي". ثُمَّ ذَكَرَ لِكُلِّ صَلاةٍ بَرَاءَةٌ، وَسَاقَهُ مُطَوَّلا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Sesungguhnya bagi Allah itu malaikat yang dinamakan Syamkha’il yang mengambil pembebasan dari Allah bagi orang solat pada setiap solat. Apabila menjelang pagi orang mukmin bangun dan berwudhu untuk solat subuh kemudian solat malaikat mengambil pembebasan pertama yang ditulis padanya: Hamba lelakiku dan hamba perempuanku berada disampingku, aku jadikan kamu di bawah pelindunganku dan pemeliharaanku”. Kemudian perawi menyebutkan bagi setiap solat pembebasan dan beliau menyebutkan hadith yang panjang.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 15, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو حديث موضوع وفي إسناده متهمون.
Hadith ini palsu dan pada sanadnya terdapat perawi yang dituduh berdusta.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.