Sesungguhnya bagi Allah, hamba-hamba yang Allah khususkan dengan nikmat yang banyak untuk manfaat hamba yang lain

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن لله عبادا يخصهم بالنعم لمنافع العباد فمن يبخل بتلك النعمة عن العباد نقلها الله وحولها إلى غيره.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya bagi Allah, hamba-hamba yang Allah khususkan dengan nikmat yang banyak untuk manfaat hamba yang lain, sesiapa yang bakhil dengan nikmat tersebut terhadap hamba yang lain, maka Allah akan memindahkan nikmat itu kepada hamba yang lain.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 81, hadis nombor 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في المقاصد: ضعيف.

Al-Sakhawi berkata di dalam al-Maqasid: Ia daif.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs