Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya bagi Allah, hamba-hamba yang Allah khususkan dengan nikmat yang banyak untuk manfaat hamba yang lain

Teks Bahasa Arab

حديث: إن لله عبادا يخصهم بالنعم لمنافع العباد فمن يبخل بتلك النعمة عن العباد نقلها الله وحولها إلى غيره.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya bagi Allah, hamba-hamba yang Allah khususkan dengan nikmat yang banyak untuk manfaat hamba yang lain, sesiapa yang bakhil dengan nikmat tersebut terhadap hamba yang lain, maka Allah akan memindahkan nikmat itu kepada hamba yang lain.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 81, hadis no. 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المقاصد: ضعيف.

Al-Sakhawi berkata di dalam al-Maqasid: Ia daif.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.