Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن للهِ عز وجل في الخَلْقِ ثلاثَمِائةٍ قلوبُهم على قلبِ آدمَ، وللهِ تعالى في الخَلْقِ أربعون قلوبُهم على قلبِ موسى عليه السلامُ، وللهِ تعالى في الخَلْقِ سبعةٌ قلوبُهم على قلبِ إبراهيمَ عليه السلامُ، وللهِ تعالى في الخَلْقِ خمسةٌ قلوبُهم على قلبِ جبريلَ عليه السلامُ، وللهِ تعالى في الخَلْقِ ثلاثةٌ قلوبُهم على قلبِ مِيكائِيلَ عليه السلامُ، وللهِ تعالى في الخَلْقِ واحدٌ قلبُه على قلبِ إسرافِيلَ، فإذا مات الواحدُ أَبْدَلَ اللهُ مكانَه من الثلاثةِ، وإذا مات من الثلاثةِ أَبْدَلَ اللهُ مكانَه من الخَمْسَةِ، وإذا مات من الخَمْسَةِ أَبْدَلَ اللهُ مكانَه من السبعةِ، وإذا مات من السبعةِ أَبْدَلَ اللهُ مكانَه من الأربعين، وإذا مات من الأربعين أَبْدَلَ اللهُ مكانَه من الثلاثِمِائةِ، وإذا مات من الثلاثِمِائةِ أَبْدَلَ اللهُ مكانَه من العامَّةِ، فبهم يُحْيِي ويُمِيتُ ويُمْطِرُ ويُنْبِتُ، ويَدْفَعُ البلاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi Allah ‘Azza wa Jalla pada ciptaanNya terdapat 300 wali yang hatinya seperti Adam AS, 40 wali yang hatinya seperti Musa AS, tujuh wali yang hatinya seperti Ibrahim AS, lima wali yang hatinya seperti Jibril AS, tiga wali yang hatinya seperti Mikail, kemudian seorang wali yang hatinya seperti Israfil. Apabila wali yang seorang itu meninggal, tempatnya akan diganti oleh wali yang tiga tadi. Apabila salah seorang daripada wali yang tiga tadi meninggal, tempatnya akan diganti oleh wali yang lima tadi. Apabila salah seorang daripada wali yang lima tadi meninggal, tempatnya akan diganti oleh wali tujuh tadi. Apabila salah seorang daripada wali yang tujuh tadi meninggal, tempatnya akan diganti oleh wali 40 tadi. Apabila salah seorang daripada wali yang 40 tadi meninggal, tempatnya akan diganti oleh wali 300 tadi. Apabila salah seorang daripada wali yang 300 tadi meninggal, tempatnya akan diganti oleh dari kalangan awam. Dengan merekalah proses hidup, mati, hujan dan tumbuhan dijalankan, serta menolak bala. Ditanya kepada Abdullah bin Mas’ud RA: "Bagaimanakah proses hidup dan mati melalui mereka?" Beliau menjawab: "Mereka berdoa kepada Allah 'Azza wa Jalla untuk meramaikan umat, maka ramailah yang lahir. Mereka berdoa ke atas para penguasa yang zalim, maka dihancurkan. Mereka berdoa meminta hujan, maka turunlah hujan. Mereka meminta (agar tumbuhan ditumbuhkan), maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan di bumi. Mereka berdoa, maka pelbagai bala ditolak dengan sebab mereka."
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1791, hadis no. 9024. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah ‘Azza wa Jalla pada ciptaanNya terdapat 300 wali yang hatinya seperti Adam AS, 40 wali yang hatinya seperti Musa AS, tujuh wali yang hatinya seperti Ibrahim AS, lima wali yang hatinya seperti Jibril AS, tiga wali yang hatinya seperti Mikail, kemudian seorang wali yang hatinya seperti Israfil. Apabila wali yang seorang itu meninggal, tempatnya akan diganti oleh wali yang tiga tadi. Apabila salah seorang daripada wali yang tiga tadi meninggal, tempatnya akan diganti oleh wali yang lima tadi. Apabila salah seorang daripada wali yang lima tadi meninggal, tempatnya akan diganti oleh wali tujuh tadi. Apabila salah seorang daripada wali yang tujuh tadi meninggal, tempatnya akan diganti oleh wali 40 tadi. Apabila salah seorang daripada wali yang 40 tadi meninggal, tempatnya akan diganti oleh wali 300 tadi. Apabila salah seorang daripada wali yang 300 tadi meninggal, tempatnya akan diganti oleh dari kalangan awam. Dengan merekalah proses hidup, mati, hujan dan tumbuhan dijalankan, serta menolak bala. Ditanya kepada Abdullah bin Mas’ud RA: "Bagaimanakah proses hidup dan mati melalui mereka?" Beliau menjawab: "Mereka berdoa kepada Allah 'Azza wa Jalla untuk meramaikan umat, maka ramailah yang lahir. Mereka berdoa ke atas para penguasa yang zalim, maka dihancurkan. Mereka berdoa meminta hujan, maka turunlah hujan. Mereka meminta (agar tumbuhan ditumbuhkan), maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan di bumi. Mereka berdoa, maka pelbagai bala ditolak dengan sebab mereka." [Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’ dan al-Zahabi dalam al-Mizan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1479, 2681]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman