Sesungguhnya bagi Allah Azza wa Jalla ada sekumpulan malaikat yang diturunkan dan mendatangi ke majlis-majlis zikir di bumi

TEKS BAHASA ARAB

إن لله عز وجل سرايا من الملائكة تحل وتقف على مجالس الذكر في الأرض؛ فارتعوا في رياض الجنة. قالوا : وأين رياض الجنة ؟ قال: مجالس الذكر ، فاغدوا وروحوا في ذكر الله عز وجل ، وذكروه بأنفسكم ، من كان يحب أن يعلم منزلته عند الله فلينظر كيف منزلة الله عنده ، فإن الله عز وجل ينزل العبد منه حيث أنزله من نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi Allah Azza wa Jalla ada sekumpulan malaikat yang diturunkan dan mendatangi ke majlis-majlis zikir di bumi. Maka berhimpunlah kamu di taman-taman syurga. Mereka bertanya: Dan di manakah pula taman-taman syurga itu? Baginda berkata: Di majlis-majlis zikir, maka pergilah berzikir kepada Allah Azza wa Jalla pada waktu pagi dan petang dan ingatilah Dia dalam diri kamu masing-masing. Barang siapa yang suka untuk mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka hendaklah dia melihat bagaimana kedudukan Allah di sisinya sendiri. Ini kerana sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menentukan kedudukan hambaNya dari sisi diriNya berdasarkan bagaimana hamba itu meletakkanNya pada dirinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1550, hadis nombor 7862. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنه-، قال: خرج علينا رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فقال: ((إِنَّ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ سَرَايَا مِنَ الْمَلائِكَةِ تَحِلُّ، وَتَقِفُ عَلَى مَجَالِسِ الذِّكْرِ فِي الأَرْضِ، فَارْتَعُوا فِي رِيَاضِ الْجَنَّةِ، قَالُوا: وَأَيْنَ رِيَاضُ الْجَنَّةِ؟ قَالَ: مَجَالِسُ الذِّكْرِ، فَاغْدُوا وَرُوحُوا فِي ذِكْرِ اللَّهِ عز وجل، وَذَكِّرُوهُ بِأَنْفُسِكُمْ. مَنْ كَانَ يُحِبُّ أَنْ يَعْلَمَ مَنْزِلَتَهُ عِنْدَ اللَّهِ؛ فَلْيَنْظُرْ كَيْفَ مَنْزِلَةُ اللَّهِ عِنْدَهُ، فَإِنَّ اللَّهَ يُنْزِلُ الْعَبْدَ مِنْهُ حَيْثُ أَنْزَلَهُ مِنْ نَفْسِهِ)) [ع، ابن حبان في ((الضعفاء))، البزار، عبد بن حميد، طس، ك، هب، البيهقي في ((الدعوات))، ((الضعيفة)) (5427، 6205)]

(Lemah)
Daripada Jabir Bin Abdullah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah keluar kepada kami dan baginda bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah Azza wa Jalla ada sekumpulan malaikat yang diturunkan dan mendatangi ke majlis-majlis zikir di bumi. Maka berhimpunlah kamu di taman-taman syurga. Mereka bertanya: Dan di manakah pula taman-taman syurga itu? Baginda berkata: Di majlis-majlis zikir, maka pergilah berzikir kepada Allah Azza wa Jalla pada waktu pagi dan petang dan ingatilah Dia dalam diri kamu masing-masing. Barang siapa yang suka untuk mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka hendaklah dia melihat bagaimana kedudukan Allah di sisinya sendiri. Ini kerana sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menentukan kedudukan hambaNya dari sisi diriNya berdasarkan bagaimana hamba itu meletakkanNya pada dirinya.”
[Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa, al-Bazzar, Abd Bin Humaid, al-Tabarani dalam al-Awsat, al-Hakim dalam al-Mustadrak. al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Baihaqi dalam al-Da’wat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5427, 6205]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs