TEKS BAHASA ARAB
إن لله سبحانه ديكاً أبيض، جناحاه موشيان بالزبرجد والياقوت واللؤلؤ، جناح بالمشرق، وجناح بالمغرب، رأسه مثني تحت العرش، قوائمه في الهواء، يؤذن في كل سحر، فيسمع تلك الصيحة أهل السماوات والأرض إلا الثقلين: الجن والإنس، فعند ذلك تجيبه ديوك الأرض، فإذا دنا يوم القيامة قال الله تعالى: ضم جناحيك، وغض صوتك، فيعلم أهل السماوات والأرض إلا الثقلين أن الساعة قد اقتربت
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya bagi Allah ayam putih, sayapnya dipenuhi dengan batu zabarjad, permata dan mutiara. Sayap di Timur dan sayap di Barat. Kepalanya tunduk di bawah ‘Arash, kakinya di udara, ia azan pada setiap waktu awal pagi, maka didengari bunyi ia berkokok oleh penduduk langit dan bumi melainkan al-Thaqalayn: Iaitu Jin dan manusia. Pada waktu itu, dijawab oleh ayam-ayam di bumi. Apabila hampir kiamat, maka Allah berkata: Rapatkan sayap-sayapmu, perlahankan suaramu, lalu diketahui oleh penduduk langit dan bumi melainkan al-Thaqalayn (jin dan manusia) bahawa kiamat sudah hampir.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1680, hadis nombor 8475. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Mas'ud ini yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbahan.
Ia dinilai palsu oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله .
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.