Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن لله سبحانه ديكاً أبيض، جناحاه موشيان بالزبرجد والياقوت واللؤلؤ، جناح بالمشرق، وجناح بالمغرب، رأسه مثني تحت العرش، قوائمه في الهواء، يؤذن في كل سحر، فيسمع تلك الصيحة أهل السماوات والأرض إلا الثقلين: الجن والإنس، فعند ذلك تجيبه ديوك الأرض، فإذا دنا يوم القيامة قال الله تعالى: ضم جناحيك، وغض صوتك، فيعلم أهل السماوات والأرض إلا الثقلين أن الساعة قد اقتربت
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi Allah ayam putih, sayapnya dipenuhi dengan batu zabarjad, permata dan mutiara. Sayap di Timur dan sayap di Barat. Kepalanya tunduk di bawah ‘Arash, kakinya di udara, ia azan pada setiap waktu awal pagi, maka didengari bunyi ia berkokok oleh penduduk langit dan bumi melainkan al-Thaqalayn: Iaitu Jin dan manusia. Pada waktu itu, dijawab oleh ayam-ayam di bumi. Apabila hampir kiamat, maka Allah berkata: Rapatkan sayap-sayapmu, perlahankan suaramu, lalu diketahui oleh penduduk langit dan bumi melainkan al-Thaqalayn (jin dan manusia) bahawa kiamat sudah hampir.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1680, hadis no. 8475. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbahan
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman