Sesungguhnya bagi Allah ada malaikat yang gementar disebabkan takut-Nya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن لله ملائكة ترعد فرائصهم من خيفته، ما منهم ملك يقطر دمعه من عينيه إلا وقعت ملكا قائما يصلي، وإن منهم ملائكة سجودا، منذ خلق الله السماوات والأرض، لم يرفعوا رؤوسهم ولا يرفعونها إلى يوم القيامة، وإن منهم ركوعا لم يرفعوا رؤوسهم منذ خلق الله السماوات والأرض، فلا يرفعونها إلى يوم القيامة، فإذا رفعوا رؤوسهم، ونظروا إلى وجه الله قالوا: سبحانك ما عبدناك كما ينبغي لك


TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi Allah ada malaikat yang gementar disebabkan takut-Nya. Tidak ada di antara mereka malaikat pun yang menitiskan air mata daripada matanya melainkan akan ia akan menimpa malaikat yang berdiri solat. Antara mereka ada malaikat yang sujud semenjak Allah menciptakan langit dan bumi dan mereka tidak akan mengangkat kepala mereka sehinggalah hari kiamat. Antara mereka malaikat yang rukuk dan tidak pernah mengangkat kepala mereka sejak Allah menciptakan langit dan bumi serta tidak akan mengangkatnya sehingga hari kiamat. Apabila mereka mengangkat kepala mereka dan melihat ke wajah Allah. Lalu mereka akan menjawab: Maha suci Engkau, tidaklah kami menyembah Kamu sepertimana yang selayaknya.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1672, hadis nombor 8439. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis [yang tidak dinyatakan sahabat yang meriwayatkannya] ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ibn Nasr dalam al-Solat.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon