Sesungguhnya bagi Allah ada malaikat turun pada setiap malam

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تعالى – ملائكة ينزلون في كل ليلة يحسون الكلال عن دواب الغزاة، إلا دابة في عنقها جرس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi Allah ada malaikat turun pada setiap malam bagi menghilangkan segala keletihan pada binatang tunggangan (ketika berperang), kecuali binatang yang terdapat loceng pada lehernya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1036, hadis nombor 5307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه – قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله – تعالى – ملائكة ينزلون في كل ليلة يحسون الكلال عن دواب الغزاة، إلا دابة في عنقها جرس)). [طب، ((الضعيفة))(7116)].

(Munkar)
Daripada Abu al-Darda’ RA berkata: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya bagi Allah ada malaikat turun pada setiap malam bagi menghilangkan segala keletihan pada binatang tunggangan (ketika berperang), kecuali binatang yang terdapat loceng pada lehernya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7116].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs